Tanya Saya Tentang Emas

Ni ada koleksi beberapa soalan tentang emas yang selalu orang tanya saya. Boleh la baca kot2 menjawab persoalan di dada anda. Kalau ada soalan yang tiada jawapannya di sini, boleh tanya kat ruangan komen (scroll bawah page ni sampai habis). InshaAllah saya cuba bantu.

 

Tentang Kewangan dan Simpanan Emas:

  1. Kenapa saya patut beli emas?
  2. Macam mana simpanan emas beri keuntungan kepada saya?
  3. Simpan emas ada dividend ke?
  4. Betul ke beli emas ni boleh ‘selamatkan’ wang gaji saya?
  5. Mana lagi bagus, simpan wang dalam Tabung Haji atau beli emas?
  6. Mana lagi untung, beli emas atau labur dalam pasaran saham/hartanah?
  7. Saya dah ada hartanah dan pemilikan dalam saham bernilai beribu-ribu ringgit. Berbaloi ke saya beli emas sedangkan saya sudah kaya?
  8. Saya takde duit nak beli emas. Orang kaya je yang ada duit nak beli emas. Apa komen anda?
  9. Berapa banyak patut saya beli emas setiap bulan?
  10. Beli emas ada risiko rugi tak?
  11. Apa teknik terbaik untuk saya yang baru nak mula simpan emas?
  12. Saya baru je beli emas pada harga RM185/gram minggu lepas. Minggu ni harga emas turun jadi RM180/gram la pula, stress la, apa patut saya buat?
  13. Macam mana saya nak check harga emas semasa dunia?
  14. Kenapa harga emas Public Gold lebih mahal daripada harga spot emas dunia?
  15. Apa maksud dan beza ketulenan Emas 999 dan 916?
  16. Apa beza goldbar dan dinar?

 

Tentang Pembukaan Akaun Public Gold:

  1. Emas syarikat mana yang patut saya beli untuk tujuan simpanan?
  2. Public Gold ni berkaitan dengan Public Bank ke? Kalau nak buka akaun Public Gold, kena buka akaun Public Bank dulu ke?
  3. Kaedah pembelian emas mana yang sesuai untuk saya guna? Patutkah saya guna ‘pembelian emas biasa’ atau ‘pembelian emas GAP’?

 

Tentang Pembelian Emas Biasa (Non-GAP) Public Gold:

  1. Saya mahu beli emas melalui ‘pembelian biasa’, apa pilihan pembayaran yang saya ada?
  2. Saya berkenan nak beli emas Public Gold versi Pos ar-Rahnu, macam mana saya nak dapatkannya ya?
  3. Saya tengok ada goldbar/dinar Public Gold versi terdahulu yang cantik-cantik tapi sekarang dah takde jual kat cawangan Public Gold. Mana saya boleh dapatkan goldbar versi lama ni?
  4. Ada beza ke beli emas Public gold versi LBMA berbanding versi Bungamas/Taifook?
  5. Lepas buat bayaran untuk ‘pembelian biasa’ secara online, dekat mana saya boleh ambil emas fizikal yang telah saya bayar tu?
  6. Boleh tak nak wakilkan orang lain untuk ambil emas yang dibeli secara ‘pembelian biasa’?
  7. Alaa, susah la nak pergi ke cawangan Public Gold untuk ambil emas yang saya dah beli tu. Kalau minta pos ke rumah boleh tak?
  8. Boleh tak saya nak beli emas Public Gold guna harga hari ini, tapi nak bayar secara ansuran bulan-bulan?
  9. Saya nak beli 1 keping emas 1gram guna servis EPP, boleh?
  10. Pembelian secara ansuran EPP ni ada caj tak? Shariah-compliant ke beli emas cara ansuran camni?
  11. Saya baru je beli emas secara ‘pembelian biasa’. Bila dah pilih emas yang saya nak dan ingin checkout, saya lihat terdapat bayaran tambahan iaitu Premium yang dikenakan selain harga emas yang saya telah beli tu. Bayaran apa tu?
  12. Apakah sebenarnya caj Gold Premium ni?

 

Tentang Pembelian Emas melalui akaun Gold Accummulation Program (GAP):

  1. Secara ringkas emas GAP ni ialah..?
  2. Akaun GAP ni sama ke dengan Gold Investment Account yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia?
  3. Beli emas guna Akaun GAP ni shariah-compliant ke?
  4. Macam mana nak buka akaun emas GAP?
  5. Nak transfer ke akaun mana bila buat pembelian emas GAP Public Gold?
  6. Bagaimana nak tambah emas dalam akaun GAP?
  7. Susah la nak bank-in, upload bukti pembayaran semua ni. Ada tak cara lagi senang nak tambah emas GAP?
  8. Untuk ‘pembelian GAP’ ada caj Gold Premium juga ke?
  9. Berapa caj simpanan yang saya kena bayar untuk simpan emas dalam akaun GAP ni?
  10. Bila buat ‘pembelian GAP’ secara online, dekat mana saya boleh ambil emas fizikal yang telah saya bayar tu?
  11. Kena bawak apa-apa ke masa nak ‘withdraw’ emas GAP ni?
  12. Boleh tak nak wakilkan orang lain untuk withdraw emas GAP saya?
  13. Berapa banyak emas dalam GAP baru anda sarankan saya keluarkan fizikal?
  14. Saya baru je mula simpan emas, saya beli emas GAP Public Gold sebanyak 1 gram. Boleh tak saya nak ‘withdraw’ terus emas fizikal tu di cawangan Public Gold?
  15. Berapa banyak emas kena ada dalam akaun GAP untuk kekal aktif?
  16. Boleh buat Direct Debit Instruction (potongan automatik bulanan) tak untuk simpanan emas GAP?
  17. Kalau saya meninggal, apa jadi pada emas yang saya miliki dalam akaun GAP?
  18. Katakan syarikat Public Gold bankrap, apa jadi pada emas GAP saya?
  19. Anak saya berumur 7 tahun dan saya berhajat nak buat simpanan emas untuk masa depan dia. Boleh tak kalau saya nak buka akaun GAP atas nama anak saya?
  20. Untuk pembelian emas GAP Public Gold, berapa spread yang dikenakan?

 

Tentang Produk Lain:

  1. Public Gold jual emas simpanan je ke? Ada jual emas pakai tak?
  2. Mana patut saya beli? Emas goldbar/dinar LBMA atau Aurora?
  3. Saya dengar simpan emas semata-mata tak elok, sebab takut orang kata kita ni mengumpul harta dunia pula. Sebaiknya kita mahu harta kita sentiasa ‘bergerak’ iaitu sentiasa berlaku proses jual beli yang seterusnya akan majukan ekonomi ummah. Apa komen anda?

 

Tentang Jual Balik emas (Buyback) atau Pajakan (ar-Rahnu):

  1. Saya perlukan wang tunai, bagaimana saya nak gunakan emas saya untuk dapatkan cash?
  2. Saya nak jual emas saya, tapi saya nak jual kepada siapa?
  3. Kalau saya nak jual balik emas kepada syarikat Public Gold, berapa bayaran yang saya dapat?
  4. Kenapa ada beza antara harga saya beli, dan harga saya jual?
  5. Macam mana saya nak jual emas fizikal yang saya pegang sendiri?
  6. Macam mana saya nak jual emas yang saya simpan dalam akaun GAP?
  7. Kalau saya nak jual balik emas Aurora yang saya beli, Public Gold akan ‘buyback’ tak?
  8. Sebelum ni saya ada beli emas simpanan tapi BUKAN yang brand Public Gold, masalahnya masa harga tinggi susah nak jual balik emas tu, kedai tempat saya beli pon tak mahu ‘buyback’. Boleh tak saya jual je emas tu kat syarikat Public Gold?
  9. Macam mana nak buat kalau kita rasa sayang nak jual emas yang kita dah beli dulu-dulu?
  10. Saya mahu pajak emas saya. Macam mana nak buat?
  11. Saya ada emas GAP dan tak bercadang nak ‘withdraw’ emas tu semata-mata nak pajak di ar-Ranhu. Ada cara tak saya nak pajak emas GAP saya TANPA withdraw emas tu?
  12. Ada orang kata, kalau kita pajak emas dan gunakan wang yang kita dapat tu untuk beli lebih banyak emas, kita boleh gandakan jumlah gram emas kita dengan cepat. Betul ke?

 

Tentang Isu lain:

  1. Saya dengar Public Gold ni pernah difitnah sebagai Skim Cepat Kaya, betul ke?
  2. Zakat emas simpanan yang saya beli dari Public Gold ni, syarikat tolong bayar ke?
  3. Pelaburan emas ada pelepasan cukai ke?
  4. Saya berasal dari Singapura/Indonesia, bagaimana saya nak buat pembelian emas Public Gold?
  5. Cawangan Public Gold buka tak hari sabtu?
  6. Saya berminat nak baca ebook awak, macam mana saya nak dapatkan ya? Berapa ringgit awak jual kalau saya nak beli?
  7. Best la dapat benda-benda free ni. Apatah lagi ILMU free yang banyak menambah nilai dalam hidup saya. Awak ada ebook free lagi tak?
  8. Saya mahu belajar lebih banyak tentang emas. Kat mana saya boleh timba ilmu-ilmu emas secara PERCUMA?

 

 

Soalan: Kenapa saya patut beli emas?

Jawapan: Emas ialah aset berharga yang ‘ada nilainya sendiri‘. Ia tak sama dengan wang kertas yang TAK ADA nilainya sendiri, sebab tu wang ringgit makin lama makin susut nilainya. Dan sebab tu la semua orang pon berebut nak beli dan simpan emas. Kalau emas ni benda yang tak berharga, takde lah negara besar macam China, Russia, German dan India berebut-rebut nak borong emas. Kalau anda tak mahu beli tak apa, ada je orang lain yang nak beli emas tu.

 

Soalan: Macam mana simpanan emas beri keuntungan kepada saya?

Jawapan: Keuntungan simpan emas hanya berlaku apabila anda jual balik emas yang anda beli pada harga yang LEBIH TINGGI daripada harga anda beli. Contoh tahun 2008, anda beli emas pada harga RM80/gram, dan pada tahun ni anda jual emas tu pada harga RM180/gram maka anda untung RM100 untuk setiap gram emas yang anda miliki.

 

Soalan: Simpan emas ada dividend ke?

Jawapan: Simpan emas TIADA DIVIDEND. Kalau ada orang ajak anda buat pelaburan emas dan janjikan dividend bulanan atau tahunan, ketahuilah anda sedang diperangkap oleh SKIM LEBUR yang akan menghanguskan wang simpanan anda. Cepat lari jauh-jauh dari orang tu. Beli emas, dapat EMAS. Bukan dapat dividend.

 

Soalan: Betul ke beli emas ni boleh selamatkan wang gaji saya?

Jawapan: Simpan emas ialah tonik terbaik kalau anda ni jenis yang ‘poket bocor’. Masalah orang yang poket bocor ni dia takleh tengok angka wang ringgit dalam akaun bank. Kalau dia nampak ada duit dalam bank mesti ada je benda-benda mengarut terlintas yang nak dibeli. Kalau takde duit dalam bank tu takde la terlintas nak bershopping. Orang camni selalu korek balik simpanan dia, tengok2 sampai akhir bulan duit dah habis, takde lebihan masa depan.

Tonik terbaik untuk orang camni ialah bila dia nampak je duit dalam akaun bank, terus pergi shopping emas di laman web Public Gold. Sedar-sedar takde duit dah nak beli benda lain. Bila buat camni 10 tahun, kita akan rasa tak berduit, padahal bila tengok dalam peti besi.. Wow! ada emas bertimbun-timbun. Alhamdulillah, ‘terselamat’ wang gaji sepanjang 10 tahun tu.

 

Soalan: Mana lagi bagus, simpan wang dalam Tabung Haji atau beli emas?

Jawapan: Tabung Haji sesuai untuk simpanan jangka masa pendek (2 tahun ke bawah) sebab dapat dividend ~0.5%/bulan (bersamaan ~6%/tahun) tanpa caj tambahan. Pembelian emas pula sesuai untuk jangka masa yang lebih panjang (3 tahun ke atas) sebab selalunya kita kena tunggu beberapa tahun untuk harga emas naik melebihi spread. Tapi dalam jangka masa panjang, PURATA kenaikan harga emas ~10%/tahun! Dua-dua pon bagus, cuma anda perlu sesuaikan dengan matlamat kewangan peribadi anda. Sebaiknya tetapkan 10% simpanan dalam bentuk emas.

 

Soalan: Mana lagi untung, beli emas atau labur dalam pasaran saham/hartanah?

Jawapan: Susah nak jawab soalan ni sebab pasaran saham dan hartanah bergantung kepada ‘performance’ syarikat atau hartanah yang anda beli. Kalau anda beli saham syarikat atau hartanah yang bagus, mungkin anda untung banyak. Tapi sebaliknya, kalau anda beli yang tak strategik, rugi la jawabnya. Simpan emas ni pula sama je untuk semua orang. Bila harga emas naik, kawan sebelah anda untung, anda pon mesti untung juga. Tapi yer la, kena beli emas dengan teknik yang betul.

Saham, hartanah dan emas ni asset bernilai untuk simpanan masa depan. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Contoh: saham sesuai untuk mereka yang sanggup ambil risiko tinggi, sebab ia dapat hasilkan keuntungan berlipat kali ganda dalam jangka masa yang pendek ATAU SEBALIKNYA. Hartanah pula sesuai untuk mereka yang ada modal permulaan yang besar serta rajin menguruskan hal-ehwal jual, beli dan sewaan hartanah. Emas ni pula ialah satu asset bernilai yang mampu dimiliki segenap masyarakat, tua atau muda, kaya atau biasa. Gaji kecil pon mampu beli emas dengan modal serendah RM100 bila guna platform GAP Public Gold.

 

Soalan: Saya dah ada hartanah dan pemilikan dalam saham bernilai beribu-ribu ringgit. Berbaloi ke saya beli emas sedangkan saya sudah kaya?

Jawapan: Ya, sangat berbaloi. Sedangkan kerajaan besar dunia macam China dan Germany pon berlumba-lumba beli emas, apatah lagi individu macam kita. Lagipon simpanan emas dapat seimbangkan pemilikan asset dan risiko pelaburan anda. Jika pasaran hartanah atau saham anda jatuh menjunam, masa tu harga emas anda sebagai ‘safe heaven’ mesti naik punye.

 

Soalan: Saya takde duit nak beli emas. Orang kaya je yang ada duit nak beli emas. Apa komen anda?

Jawapan: Beli emas simpanan sekarang boleh mula dengan modal serendah RM100 bersamaan dengan 0.5+ gram emas (nilai semasa) guna akaun GAP Public Gold. Kalau bahagikan dengan 30 hari, anda hanya perlu simpan RM3.33 sehari selama sebulan untuk mula beli emas. Pelajar pon mampu simpan RM3.33 sehari untuk beli emas setiap bulan tau, apatah lagi orang yang bekerja. Apa yang kita perlu ada ialah disiplin menyimpan. Sebab tu orang yang hisap rokok ni sangat kesian, bayangkan kalau dia hisap sekotak sehari (berharga RM10), selama sebulan, dia akan ada modal sebanyak RM300 dah tu. Boleh beli 1.5+ gram emas dah setiap bulan. Tapi apakan daya, rokok lagi bernilai daripada emas. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau dah tak tahu atau tak mahu tu, ada je alasan termasuk alasan tak mampu.

 

Soalan: Berapa banyak patut saya beli emas setiap bulan?

Jawapan: Selalunya saya tetapkan 10%-30% daripada pendapatan saya disimpan dalam bentuk emas/perak. Boleh adjust lagi bergantung kepada ‘target gram’, kemampuan dan matlamat kewangan anda. Tetapkan sebahagian gaji tu untuk simpanan tunai, senang nanti kalau terdesak nak guna cash takde la sampai kena jual emas.

 

Soalan: Beli emas ada risiko rugi tak?

Jawapan: Tiada pelaburan yang takde risiko rugi. Anda rugi bila anda jual emas pada harga yang lebih rendah daripada harga anda beli. Sebab tu saya tekankan untuk beli emas dengan teknik yang betul. Bila dibandingkan dengan pelaburan yang lain, risiko simpan emas fizikal adalah rendah. Malah, emas digelar sebagai ‘safe heaven’ dalam dunia pelaburan dan digunakan untuk mengimbangi risiko pelaburan lain seperti bisnes dan pasaran saham.

 

Soalan: Apa teknik terbaik untuk saya yang baru nak mula simpan emas?

Jawapan: Masalah yang mula-mula kita akan hadapi bila nak beli emas ialah kita jadi teragak-agak sebab kot-kot harga tu tengah mahal.. takut harganya turun pula bila kita dah beli nanti. Kita pon jadi tertunggu-tunggu untuk harga turun, sedar-sedar harga dah naik dan tak turun-turun. Cara yang terbaik ialah anda KENA START beli 1gram emas pertama hari ni dan jadikan harga anda beli tu sebagai ‘penanda aras’ untuk anda. Kalau harga emas semasa tu lebih tinggi daripada ‘penanda aras’ anda, maknanya harga mahal. Sebaliknya kalau harga emas semasa lebih rendah daripada ‘penanda aras’ anda, maknanya harga murah.

Seterusnya anda perlu disiplin simpan emas secara konsisten setiap bulan, kalau harga sama atau mahal, anda tetap beli paling kurang 1gram. Gunakan harga ‘benchmark’ anda tadi untuk tentukan berapa banyak nak beli. Kalau harga murah anda beli banyak. Kalau harga murah sangat-sangat anda BORONG emas tu. Lama-lama anda akan perasan yang ‘penanda aras’ anda tadi akan makin naik seiring dengan kenaikan harga emas yang kalis inflasi. Buat macam ni secara konsisten selama 3-5tahun dan anda tengok sendiri hasilnya nanti (“,)

 

Soalan: Saya baru je beli emas pada harga RM185/gram minggu lepas. Minggu ni harga emas turun jadi RM180/gram la pula, stress la, apa patut saya buat?

Jawapan: Tahniah anda dah mula simpan satu aset yang amat bernilai iaitu emas. Selalunya memang camtu, lepas kita beli je emas tengok-tengok harga emas turunn jadi sesetengah orang jadi stress. Ingat, harga emas memang akan turun naik setiap masa dalam jangka masa pendek. Tapi kita tahu dalam jangka masa panjang, pergerakan harga emas mesti akan naik punyer. Jadi untuk elakkan stress, tak perlu la tengok harga emas tu tiap-tiap hari. Bila anda dapat gaji baru tengok, kalau masa tu harga naik beli sikit. Kalau masa tu harga turun, beli banyak. Teknik ni dipanggil ‘Averaging’ atau ‘Pemurataan Harga’.

Sebagai penyimpan emas, saya cadangkan anda fokus pada jumlah gram emas yang anda ada, dan bukannya berapa harga emas tu sendiri. Jadi masa harga tinggi, beli emas macam biasa dan masa harga tengah rendah, beli la dalam kuantiti yang lebih banyak. Bila anda buat camni, jumlah gram emas anda akan sentiasa bertambah, bermaksud asset bernilai anda semakin bertambah. Dalam jangka masa panjang, asset emas anda tu jadi semakin mahal dan bernilai.

 

Soalan: Macam mana saya nak check harga emas semasa dunia?

Jawapan: Boleh check harga spot emas dunia di goldprice.org atau kitco.com

 

Soalan: Kenapa harga emas Public Gold lebih mahal daripada harga spot emas dunia?

Jawapan: Senang nak faham camni, bila emas mentah-mentah keluar dari perut bumi dan dijual di pasaran antarabangsa, ia dijual beli pada harga yang sentiasa berubah yang dinamakan ‘spot gold price’. Harga spot ni belum ditambah kos lain lagi. Jadi bila ditambah lagi kos minting emas, storage, transport dan sebagainya, maka jadilah harga yang syarikat jual kepada kita. Bukan syarikat Public Gold je tau, semua syarikat yang jual emas dalam dunia ni akan letak harga lebih tinggi daripada harga spot.

 

Soalan: Apa maksud dan beza ketulenan Emas 999 dan 916?

Jawapan: Katakan anda nak beli goldbar. Kalau goldbar tu ketulenannya 999, maksudnya ~99.9% komponen goldbar tu emas (nama scientific logam ni ialah ‘Aurum’) manakala selebihnya tu logam lain. Kalau ketulenan goldbar tu ialah 916, maksudnya ~91.6% komponennya Aurum, manakala selebihnya tu logam lain. Emas yang paling bernilai mestilah yang 999, tapi emas ni selalunya sangat lembut. Kalau tersalah pegang kuat sikit boleh pecah atau patah. Emas 916 ni pula keras sikit dan boleh dibuat barang kemas tapi selalunya tak tahan lasak. Bandingkan dengan Emas 750 (75% daripadanya Aurum) yang lebih lasak bila dibuat barang kemas. Sebab tu Aurora Italia dibuat guna Emas 750, tak payah cabut sekalipon anda nak buat kerja-kerja lasak! Untuk emas simpanan pula, saya syor beli Emas 999 atau 916 sahaja. Lagi bernilai kalau beli yang 999 macam emas Public Gold.

 

Soalan: Apa beza goldbar dan dinar?

Jawapan: Goldbar dan dinar kedua-duanya dipanggil ‘bullion’ iaitu emas yang dibuat untuk tujuan simpanan dan pelaburan. Goldbar ditempa dalam bentuk petak manakala dinar ditempa dalam bentuk bulat seperti syiling. Goldbar boleh didapati dalam denomiasi gram emas yang genap cth: 1gram, 5gram, 10 gram goldbar. Manakala dinar pula didapat dalam denominasi gram emas yang tidak genap iaitu 1 dinar bersamaan 4.25gram emas. Oleh sebab tu, produk syiling ni hadir dalam bentuk Half dinar (2.125gram), Dinar (4.25gram), 5 Dinar (21.25gram) dan 10 dinar (42.5gram). Tiada perbezaan lain antara keduanya. Kedua-duanya emas LBMA, bebas GST dan diterima worldwide. Tak perlu risau nak pilih produk mana.

 

 

 

 

 

 

Soalan: Emas syarikat mana yang patut saya beli untuk tujuan simpanan?

Jawapan: Saya syor emas keluaran Public Gold dan Kuwait Finance House sahaja. Boleh baca lebih lanjut sini.

 

Soalan: Public Gold ni berkaitan dengan Public Bank ke? Kalau nak buka akaun Public Gold, kena buka akaun Public Bank dulu ke?

Jawapan: Takde kaitan. Public Gold ialah syarikat Sdn Bhd, takde kaitan langsung dengan Public Bank Berhad. Jadi TAK PERLU buka akaun Public Bank untuk mula simpan emas dengan Public Gold. Gold Investment Account yang ditawarkan Public Bank TAK SAMA dengan akaun emas fizikal Gold Accummulation Program (GAP) milik Public Gold yang diiktiraf shariah-compliant.

 

Soalan: Kaedah pembelian emas mana yang sesuai untuk saya guna? Patutkah saya guna ‘pembelian emas biasa’ atau ‘pembelian emas GAP’?

Jawapan: Ok, mula-mula sekali kita kena faham yang simpan emas ialah satu pelaburan yang selamat dan kita TAK sepatutnya jadi tak tidur malam disebabkan emas. Sekarang tengok diri anda:

  • Anda boleh tidur malam kalau anda simpan sendiri emas di rumah? Kalau YA, beli la emas cara biasa.

  • Anda boleh tidur malam kalau anda amanahkan syarikat Public Gold tolong simpankan emas anda? Kalau YA, beli la emas cara GAP.
  • Kalau tak nak simpan di rumah DAN tak nak simpan emas GAP jugak? Kalau camni, boleh beli cara biasa dan sewa peti besi di luar untuk simpan emas tu.

Yang kedua, tengok bajet anda. Kalau bajet rendah RM100-RM500, lebih baik beli emas GAP sebab dia ikut harga emas semasa per gram. Kalau anda beli item goldbar 0.5gram (RM150), 1gram (RM250), dan half-dinar (RM500) secara biasa, harganya ikut harga retail semasa yang lebih tinggi daripada harga emas semasa per gram.

 

Soalan: Saya mahu beli emas melalui ‘pembelian biasa’, apa pilihan pembayaran yang saya ada?

Jawapan: Anda boleh buat pembayaran secara tunai iaitu ‘Full Payment’ ATAU untuk pembelian RM500 ke atas, anda boleh pilih untuk buat bayaran secara ansuran melalui ‘Easy Payment Purchase (EPP)’

 

Soalan: Saya berkenan nak beli emas Public Gold versi Pos Malaysia, macam mana saya nak dapatkannya ya?

Jawapan: Emas versi Pos Malaysia hanya boleh dibeli secara ‘Full Payment’ di mana-mana cawangan Pejabat Pos ar-Rahnu di Malaysia (tak boleh beli melalui perkhidmatan EPP atau withdraw GAP Public Gold). Walaupun emas ni company Public Gold yang hasilkan, tapi hanya pihak Pos ar-Rahnu je yang menjualnya. Jadi kalau anda nak beli emas ni, jangan pergi ke office Public Gold, pergi-lah ke office Pos ar-Rahnu yang paling dekat dengan anda. Check Pejabat Pos ar-Rahnu yang berdekatan dengan anda kat sini.

 

Soalan: Saya tengok ada goldbar/dinar Public Gold versi terdahulu yang cantik-cantik tapi sekarang dah takde jual kat cawangan Public Gold. Mana saya boleh dapatkan goldbar versi lama ni?

Jawapan: Setiap design emas Public Gold ialah limited edition, hanya beberapa pieces sahaja dibuat. Jadi contohnya emas goldbar 1gram versi CNY 2015 (Tahun Kambing), hanya ~10,000 pieces je yang dihasilkan. Bila 10,000 pieces ni habis terjual kita dah tak leh nak beli secara retail. Kita hanya boleh beli daripada orang lain yang miliki emas ni dalam koleksi mereka. Selalunya anda perlu bayar lebih untuk dapatkan emas versi lama yang dah rare ni.

 

Soalan: Ada beza ke beli emas Public gold versi LBMA berbanding versi Bungamas/Taifook?

Jawapan: Ada. Emas Public Gold versi LBMA bebas GST, manakala emas versi Bungamas/Taifook tak berdaftar dengan LBMA. Sama macam emas yang dijual di kedai lain, emas versi Bungamas/Taifook Public Gold ada caj GST 6%. Jika anda beli emas untuk simpanan masa depan, beli emas versi LBMA je. Melainkan anda nak beli Bungamas sebagai koleksi tu lain cerita. London Bullion Market Association (LBMA) ialah satu lembaga perdagangan bullion antarabangsa yang mengawalselia perdagangan logam berharga berpusat di kota London. Hanya emas yang berdaftar dengan LBMA bebas GST dan satu-satunya syarikat Malaysia yang berdaftar dengan LBMA ialah Public Gold.

 

Soalan: Lepas buat bayaran untuk ‘pembelian biasa’ secara online, dekat mana saya boleh ambil emas fizikal yang telah saya bayar tu?

Jawapan: Ada 2 tempat anda boleh ambil emas fizikal iaitu di mana-mana cawangan Public Gold (Full Payment dan EPP), atau  cawangan Pos ar-Rahnu (Full Payment sahaja). Hanya perlu bawa IC semasa buat pengambilan. Anda perlu tentukan awal-awal mana anda nak ambil emas tu semasa buat pembayaran.

 

Soalan: Boleh tak nak wakilkan orang lain untuk ambil emas yang dibeli secara ‘pembelian biasa’?

Jawapan: Boleh wakilkan pada introducer anda. Beri salinan fotostat IC dan surat perakuan (authorisation letter) menyatakan anda wakilkan pengambilan emas fizikal kepada Introducer anda. Dia akan pergi ambil emas anda di cawangan Public Gold, dan serahkan kepada anda by hand.

 

Soalan: Alaa, susah la nak pergi ke cawangan Public Gold untuk ambil emas yang saya dah beli tu. Kalau minta pos ke rumah boleh tak?

Jawapan: InshaAllah servis ini akan disediakan pada masa hadapan, seawal 2018. Saya akan update balik bila servis penghantaran secara pos sudah ada.

 

Soalan: Boleh tak saya nak beli emas Public Gold guna harga hari ini, tapi nak bayar secara ansuran bulan-bulan?

Jawapan: Ya boleh, dengan menggunakan servis Easy Payment Purchase (EPP) Public Gold. Untuk anda yang nak buat pembelian emas lebih daripada RM500 (contoh: 1 dinar yang berharga ~RM800) boleh buat bayaran ansuran selama 4 bulan (4 kali bayar). Untuk anda yang nak beli emas 100gram ke atas pula, anda boleh buat bayaran EPP selama 10 bulan (10 kali bayar). Tengok contoh pembelian 1 dinar bawah ni:

 

Soalan: Saya nak beli 1 keping goldbar 1gram guna servis EPP, boleh?

Jawapan: Tak boleh, 1 keping 1gram goldbar harganya RM250. Minimum pembelian RM500 baru boleh beli secara EPP. Kalau nak jugak, anda boleh beli 3 keping goldbar 1gram (total pembelian RM750) baru boleh guna servis EPP.

 

Soalan: Pembelian secara ansuran EPP ni ada caj tak? Shariah-compliant ke beli emas cara ansuran camni?

Jawapan: Pembelian secara EPP dah disahkan shariah-compliant oleh Amanie Group Sdn Bhd yang diterajui Dr Mohd Daud Bakar iaitu seorang yang internationally-recognised sebagai seorang yang sangat mahir dalam fiqh muamalat dan sistem kewangan Islam.

Tiada caj untuk EPP, tapi bayaran ‘Premium’ untuk EPP lebih tinggi daripada Full Payment. Bayaran extranya ialah RM1 untuk setiap gram. Jadi kalau anda EPP untuk 5gram emas anda kena bayar RM5 extra, kalau 100gram RM100 extra, kalau 1000gram RM1000 extra. Contohnya, anda buat pembelian 1 dinar secara ‘Full Payment’, anda akan dikenakan caj premium sebanyak RM10. Tapi kalau anda buat pembelian secara EPP, caj premium yang dikenakan ialah RM15. Beza hanya RM5 antara bayar tunai dan bayar ansuran 🙂

 

Soalan: Saya baru je beli emas secara ‘pembelian biasa’. Bila dah pilih emas yang saya nak dan ingin checkout, saya lihat terdapat bayaran tambahan iaitu Premium yang dikenakan selain harga emas yang saya telah beli tu. Bayaran apa tu?

Jawapan: Bayaran tambahan ni dinamakan ‘Gold Premium’. Bayaran ini dikenakan bila kita mahu ambil dan simpan sendiri emas yang kita beli tu. Premium yang dikenakan adalah berbeza untuk setiap item. Katakan kita beli 1 keping emas 1dinar berharga RM800, premium sebanyak RM10 dikenakan. Maknanya jumlah pembayaran yang kita perlu buat ialah RM810. Katakan kita nak beli 3 keping emas 1dinar tadi, maknanya harga premium yang akan dikenakan ialah RM30 (RM10 x 3). Semakin berat item yang dibeli, semakin murah kos premium per gram.

 

Soalan: Apakah sebenarnya caj Gold Premium ni?

Jawapan: Emas Public Gold dikilangkan di Turki, dihantar ke Malaysia, disimpan dalam peti besi di HQ Public Gold dan kemudian diedarkan ke seluruh cawangan di Malaysia, Indonesia dan Singapura untuk dijual. Sepanjang semua emas ni dihantar dan disimpan, ia dilindungi oleh insurans. Banyak kos yang perlu ditanggung untuk sampaikan emas yang anda beli tu ke tangan anda. Tentunya semua kos ini adalah mahal, jadi sebenarnya Gold Premium yang kita bayar tu adalah untuk tampung semua kos ni. Sebab tu kalau anda beli emas GAP tak perlu bayar premium, sebab emas tu TAK PERLU disampaikan ke tangan anda. Melainkan bila anda nak ‘withdraw’ emas GAP tu, maka masa tu baru bayaran premium dikenakan.

 

Soalan: Secara ringkas emas GAP ni ialah..?

Jawapan: GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP)

1.0: PENGERTIAN
✅ Bahasa Inggeris – Gold Accumulation Program
✅ Bahasa Melayu – Program Pengumpulan Emas
✅ Bahasa Mudah – Akaun Simpanan Emas Fizikal

2.0: CIRI-CIRI
✅ Emas di GAP disimpan secara PERCUMA.
✅ Emas di GAP boleh disimpan TANPA HAD MASA.
✅ Emas di GAP boleh disimpan TANPA HAD JUMLAH.
✅ Emas di GAP boleh ditambah DENGAN MUDAH SECARA ONLINE.
✅ Emas di GAP boleh dibeli dan dijual melalui website 24 jam sehari, 365 hari setahun.

3.0 : PENGELUARAN EMAS FIZIKAL
✅ Emas di GAP boleh DIKELUARKAN dalam bentuk Gold Bar dan Dinar.
✅ Emas di GAP boleh DIKELUARKAN di mana-mana cawangan Public Gold.
✅ Emas di GAP yang DIKELUARKAN akan dikenakan caj “Gold Premium” sepertimana pembelian biasa.

4.0: SYARAT BERKAITAN
✅ Emas di GAP disyaratkan BERBAKI MINIMUM 1 GRAM untuk memastikan akaun sentiasa aktif.
✅ Emas di GAP jika dikeluarkan kesemuanya, akaun dikira TUTUP @ TAK AKTIF.

5.0: PENGAKTIFAN
✅ Untuk pembukaan akaun kali pertama, buat pembelian emas GAP serendah RM100 atau 1 gram emas.
✅ Untuk pengaktifan semula akaun yang ditutup (baki 0 gram) atau tak aktif, bayaran caj RM50 akan dikenakan.

6.0: HARGA
✅ Harga GAP di www.publicgold.com.my ditunjukkan dalam dua bentuk, RM 100 dan 1 gram.
✅ Harga GAP berubah sekali sehari jam 12 malam.

7.0: BEZA DENGAN NON-GAP
✅ GAP – Public Gold simpan emas untuk anda dalam peti besinya secara PERCUMA
✅ NON-GAP – Anda kena simpan sendiri emas tu

 

Soalan: Akaun GAP ni sama ke dengan Gold Investment Account yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia?

Jawapan: Konsep yang sama tapi hakikatnya berbeza. Konsep akaun emas ni nak mudahkan kita miliki dan jual beli emas dengan cara yang selamat dan efficient tanpa perlu pening kepala memikirkan mana nak simpan emas kita tu. Walaupun kita nampak nombor je dalam akaun tu, kita tetap boleh ‘withdraw’ emas fizikal tu bila-bila masa sebab emas tu memang kita punya, syarikat tolong jaga je. Masalahnya, ada bank yang tawarkan akaun emas tapi TAK BAGI kita ‘withdraw’ emas dalam akaun tu. Bila camni, maka transaksi emas tadi dah jadi non shariah-compliant sebab anda hanya dapat ‘paper gold‘ dan bukannya ‘physical gold‘. Di Malaysia setakat yang saya tahu ada 3 syarikat yang menawarkan ‘Akaun Emas’ yang menepati syarat-syarat transaksi emas dalam Islam iaitu Public Gold, Kuwait Finance House dan Al-Rajhi.

 

 

Soalan: Beli emas guna Akaun GAP ni shariah-compliant ke? Saya dengar kebanyakan syarikat atau bank yang sediakan perkhidmatan akaun emas adalah non shariah compliant.

Jawapan: Memang benar banyak bank yang sediakan perkhidmatan Akaun Emas yang sebenarnya tak patuh shariah di Malaysia. Setakat ni Kuwait Finance House dan Al-Rajhi je bank yang ada sediakan perkhidmatan akaun emas yang shariah compliant. Alhamdulillah, transaksi emas dan perak melalui akaun GAP dan SAP disahkan shariah compliant oleh pihak Amanie Group yang diterajui Dr Mohd Daud Bakar iaitu seorang yang internationally-recognised sebagai seorang yang sangat mahir dalam fiqh muamalat dan sistem kewangan Islam. Jadi tak perlu kita risau bila beli emas GAP ni, inshaAllah kita pon dapat pahala bila kita pilih produk kewangan yang Halal dan tinggalkan produk kewangan yang Haram di sisi Islam.

 

Soalan: Macam mana nak buka akaun emas GAP?

Jawapan: Mudah sangat. Anda hanya perlu bank-in pembelian GAP pertama anda ke akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd dan maklumkan kepada pihak Public Gold melalui whatsapp GAP Public Gold. Akaun GAP anda akan dibuka secara automatik lepas tu. Saya ada tunjukkan langkah demi langkah cara membuat pembelian emas GAP di sini.

 

Soalan: Nak transfer ke akaun mana bila buat pembelian emas GAP Public Gold?

Jawapan:

Public Gold Marketing Sdn Bhd
Maybank Account : 557139238048

Public Gold Marketing Sdn Bhd
Public Bank: 3167520833

 

Soalan: Bagaimana nak tambah emas dalam akaun GAP?

Jawapan: Anda boleh top-up GAP guna online platform di mana jua anda berada pada bila-bila masa, 24jam sehari 7hari seminggu 365hari setahun. Saya bagi contoh, katakan saya nak top-up 4.25gram emas dalam akaun GAP saya, saya akan buat macam ni:

 

Soalan: Susah la nak bank-in, upload bukti pembayaran semua ni. Dah la kena tunggu 48jam. Ada tak cara lagi senang nak buat pembelian emas GAP?

Jawapan: Ada, Public Gold ada sediakan servis FPX. Tapi FPX akan caj anda RM 1 untuk guna servis ni. Kiranya kalau harga emas RM190 haritu, dan anda nak beli 1 gram, anda kena bayar RM190 + RM1 (FPX) = RM191. Kalau anda beli 2 gram, anda kena bayar RM380 + RM1 = RM381. Buat camni:

 

Soalan: Untuk ‘pembelian GAP’ ada caj Gold Premium juga ke?

Jawapan: Pembelian GAP tak kena caj premium. Tapi kalau anda nak ‘withdraw’ emas GAP dan simpan sendiri kat rumah, caj premium akan dikenakan masa nak buat pengeluaran emas tu.

 

Soalan: Berapa caj simpanan yang saya kena bayar untuk simpan emas dalam akaun GAP ni?

Jawapan: TIADA caj simpanan. PERCUMA je simpan emas dalam GAP ni 🙂

 

Soalan: Bila buat ‘pembelian GAP’ secara online, dekat mana saya boleh ambil emas fizikal yang telah saya bayar tu?

Jawapan: Untuk pembelian GAP, anda boleh withdraw emas fizikal tersebut di mana-mana cawangan Public Gold. Katakan minggu ni anda berada di Kelantan dan terlintas nak keluarkan 1gram emas GAP, maka pergi-lah ke Public Gold cawangan Kota Bharu. Lepas tu minggu depan tu anda sedang melancong  di Terengganu, tiba-tiba je rasa cam nak withdraw 1gram emas GAP, maka pergi la ke Public Gold cawangan Kuala Terengganu. Katakan bulan depan tu anda bertugas di Kuala Lumpur dan tiba-tiba datang ilham nak keluarkan 1gram emas GAP. Maka pergi lah ke cawangan Ampang untuk keluarkan emas fizikal tersebut. Mudah kan? Cuma pastikan anda telefon ke cawangan dulu sebelum pergi untuk pastikan stok ada.

Katakan saya ada 25gram GAP dan saya nak keluarkan 2 keping emas 1gram goldbar. Jadi sekarang saya pergi ke cawangan Public Gold, bayar wang premium dan mereka akan serahkan 2 keping emas 1gram tu kepada saya. Emas dalam akaun GAP saya akan ditolak secara automatic, jadi sekarang saya ada 23gram emas dalam akaun GAP, dan 2gram goldbar ada di tangan.

 

Soalan: Kena bawak apa-apa ke masa nak ‘withdraw’ emas GAP ni?

Jawapan: Anda hanya perlu bawa IC dan wang premium. Tu je.

 

Soalan: Boleh tak nak wakilkan orang lain untuk withdraw emas GAP saya?

Jawapan: Stakat ni, TAK BOLEH wakil2 untuk withdraw GAP. Tuan punya badan je yang boleh pergi withdraw dekat cawangan Public Gold.

 

Soalan: Berapa banyak emas dalam GAP baru anda sarankan saya keluarkan fizikal?

Jawapan: Untuk maksimumkan keuntungan, saya cadangkan 20gram ke atas sebab ‘spread’ dan ‘harga premium per gram’ yang lebih rendah.

 

Soalan: Saya baru je mula simpan emas, saya beli emas GAP Public Gold sebanyak 1 gram. Boleh tak saya nak ‘withdraw’ terus emas fizikal tu di cawangan Public Gold?

Jawapan: Boleh tapi sebaiknya biarkan paling kurang 1 gram emas dalam akaun GAP. Sebabnya kalau anda ‘withdraw’ emas GAP sampai tinggal 0 gram dalam akaun, akaun anda dikira sebagai tak aktif. Jadi bila anda nak beli emas secara GAP lain kali, anda akan dikenakan caj sebanyak RM50 untuk aktifkan balik akaun anda tadi. Nasihat saya, bila dah ada 2 gram dalam akaun GAP baru la anda ‘withdraw’ 1gram emas dan tinggalkan 1gram lagi dalam akaun GAP, jadi takde la akaun anda jadi tak aktif.

 

Soalan: Berapa banyak emas kena ada dalam akaun GAP untuk kekal aktif?

Jawapan: 1gram je.

 

Soalan: Boleh buat Direct Debit Instruction (potongan automatik bulanan) tak untuk simpanan emas GAP?

Jawapan: Boleh buat tapi anda tetap kena kepilkan bukti pembayaran kepada pihak Public Gold setiap bulan. Jadi saya cadangkan anda buat belian emas secara manual je setiap bulan, tak perlu Direct Debit Instruction.

 

Soalan: Kalau saya meninggal, apa jadi pada emas yang saya miliki dalam akaun GAP?

Jawapan: Emas tu akan diberikan kepada waris anda yang berdaftar. Anda boleh daftarkan nama pewaris anda di cawangan Public Gold yang terdekat.

 

Soalan: Katakan syarikat Public Gold bankrap, apa jadi pada emas GAP saya?

Jawapan: Semua emas GAP customer Public Gold disimpan di Public Safe. Ada perlindungan Insuran RM15 juta oleh Lonpac dan akan ditambah mengikut amount GAP yg disimpan. Kalau syarikat bankrap, customer boleh pergi claim emas fizikal mereka di Public Safe.

 

Soalan: Anak saya berumur 7 tahun dan saya berhajat nak buat simpanan emas untuk masa depan dia. Boleh tak kalau saya nak buka akaun GAP atas nama anak saya?

Jawapan: Boleh, seawal umur satu hari sehingga umur 18tahun, asalkan dah ada nombor MyKid. Kena sertakan sekali nama ibu/bapa sebagai pemegang amanah kepada akaun GAP anak anda tu. Kalau dah berumur 18tahun dan ke atas, boleh buka akaun GAP atas nama sendiri.

 

Soalan: Untuk pembelian emas GAP Public Gold, berapa ‘spread’ yang dikenakan?

Jawapan: Spread untuk emas GAP yang tak di’withdraw’ fizikal emasnya ialah 9%, tak kira berapa banyak gram yang anda nak jual. Kalau emas tu anda dah ‘withdraw’ daripada GAP, maka spread tu tengok pada item yang anda keluarkan, lain item lain spreadnya.

 

Soalan: Public Gold jual emas simpanan je ke? Ada jual emas pakai tak?

Jawapan: Ada. Emas pakai Public Gold berjenama Aurora Italia, jenama emas yang diimport dari Italy. Emas ni datang dengan pelbagai ‘charms’ yang limited edition. Designnya cantik dan eksklusif, hanya terdapat 100 pieces je setiap charm yang dijual dalam dunia ni. Anda boleh pilih charm yang anda suka, lepas tu pasangkan pada ‘bracelet’ yang dijual berasingan. Kelebihan emas Aurora ni, dia sangat tahan lasak sebab ketulenan emas yang diguna ialah Emas 750 jadi emas ni tak mudah putus, rosak atau bengkok. Malah ada warranty 6 bulan, kalau emas Aurora yang anda beli rosak dalam masa 6 bulan, bawa ke cawangan Public Gold berdekatan untuk tukar yang baru.

 

Soalan: Mana patut saya beli? Emas goldbar/dinar LBMA atau Aurora?

Jawapan: Tengok pada tujuan anda beli emas. Kalau anda beli emas untuk simpan, beli la emas LBMA goldbar/dinar. Sebab untuk emas simpanan kita nak maksimumkan keuntungan. Kalau anda beli emas untuk perhiasan, Aurora la yang sesuai. Sebab anda nak pakai dan serlahkan kecantikan anda dan nampak lebih menawan 🙂

 

Soalan: Saya dengar simpan emas semata-mata tak elok, sebab takut orang kata kita ni mengumpul harta dunia pula. Sebaiknya kita mahu harta kita sentiasa ‘bergerak’ iaitu sentiasa berlaku proses jual beli yang seterusnya akan majukan ekonomi ummah. Apa komen anda?

Jawapan: Air bertakung yang tidak bergerak lama-lama akan jadi busuk, tapi air sungai akan tetap jernih selagi sungai tu mengalir. Jadi dari satu segi, memang benar harta kita kalau disimpan dalam peti besi semata-mata tak elok juga. Sebaiknya biar harta kita ‘bergerak’ dalam bentuk transaksi seperti jual beli. Dan sebab tu la adanya platform untuk kita jual beli menggunakan emas iaitu PG Mall. Dengan menggunakan PG Mall, anda boleh guna emas yang anda simpan dalam akaun GAP untuk beli barang-barang di laman web PG Mall. Ada banyak barang seperti produk Nestle, barang dari Pasaraya Mydin, barangan elektrik dan elektronik seperti IPhone, dan banyak lagi barang yang anda boleh beli di PG Mall – iaitu beli dengan menggunakan emas GAP yang anda simpan. Jadi apa lagi? Daftar PERCUMA sekarang sebagai Shopper PG Mall, klik link ni:  https://pgmall.my/register?referralPgCode=PG00104489 atau kalau anda ingin menjual, daftar sebagai Merchant PG Mall guna link ni: https://pgmall.my/merchant-registration?referralPgCode=PG00104489

 

Soalan: Saya perlukan wang tunai, bagaimana saya nak gunakan emas saya untuk dapatkan cash?

Jawapan: Ada dua pilihan. Satu: Anda JUAL emas anda dan ambil cashnya. Dua: Anda PAJAK emas anda di ar-Rahnu dan guna cash yang anda dapat tu. Lepas tu tebus balik emas di ar-Rahnu tadi dengan buat bayaran bulanan.

 

Soalan: Saya nak jual emas saya, tapi saya nak jual kepada siapa?

Jawapan: Ada tiga pihak yang boleh beli emas anda. Satu: Anda boleh jual kepada mana-mana kenalan yang mahu beli emas tadi pada harga yang anda tetapkan sendiri. Dua: Anda boleh jual kepada mana-mana kedai emas yang ingin beli emas anda pada harga yang ditetapkan kedai tu. Tiga: Anda boleh jual balik kepada syarikat Public Gold pada harga yang ditetapkan oleh syarikat (ikut spread emas anda). Ingat, tak kisah berapa kilogram emas yang anda nak jual kepada syarikat, dan tak kisah harga emas semasa setinggi gunung, Public Gold pasti akan ‘buyback’ 🙂

 

Soalan: Kalau saya nak jual balik emas kepada syarikat Public Gold, berapa bayaran yang saya dapat?

Jawapan: Untuk emas fizikal yang anda pegang di tangan, tengok harga ‘PG Buy’ di laman web Public Gold

Untuk emas yang anda simpan dalam akaun GAP, login ke akaun GAP dulu, pastu tekan link ‘Buyback’. Harga buyback semasa untuk emas GAP ada tunjuk di situ

 

Soalan: Kenapa ada beza antara harga saya beli, dan harga saya jual?

Jawapan: Beza antara harga sell dan buyback emas pada satu-satu masa dinamakan sebagai ‘spread’. Internationally, emas didagangkan pada satu-satu masa dengan menggunakan satu harga sebagai rujukan iaitu ‘harga spot emas’. Kalau anda beli emas, anda akan bayar lebih daripada harga spot (katakan 7%), dan kalau anda jual emas anda akan dibayar kurang daripada harga spot (katakan 2%). Jadi terdapat perbezaan antara harga beli dan jual, dalam kes ni perbezaannya ialah 7% + 2% = 9%. Harga spot emas berubah setiap masa bergantung kepada supply & demand antarabangsa.

Senang cerita anggaplah perbezaan harga atau ‘spread’ ni sebagai keuntungan untuk syarikat. Sebab tu kalau anda beli item emas yang lagi berat gramnya, spreadnya lebih rendah. Contoh goldbar 10gram spreadnya 9% tapi goldbar 250gram spreadnya 6% sahaja. Bila anda beli emas lebih berat, syarikat ambil untung per gram yang lebih rendah. Sama la kalau anda pergi pasar untuk beli ikan, harga yang ditawarkan kalau beli 20 ekor ikan lagi murah berbanding anda beli 1 ekor je. Kita sebagai penyimpan emas lebih untung bila spread rendah, baca lebih lanjut di sini.

 

Soalan: Macam mana saya nak jual emas fizikal yang saya pegang sendiri?

Jawapan: Ikut langkah bawah ni:

 

Soalan: Macam mana saya nak jual emas yang saya simpan dalam akaun GAP?

Jawapan: Guna platform MyGAP:

 

Soalan: Kalau saya nak jual balik emas Aurora yang saya beli, Public Gold akan ‘buyback’ tak?

Jawapan: Ya, Public Gold akan ‘buyback’ emas Aurora anda tu, cuma pada harga berapa tu kena tanya cawangan Public Gold terdekat. Sebab setiap design/charm lain harganya. Bila jual dia kira berat emas je, tak kira berat batu permata atas charm tu. Ni memang ‘standard practice’ untuk mana-mana kedai emas tau, bukan Public Gold saje2 buat camni. Emas perhiasan ni bila anda beli, anda bayar ikut design. Tapi bila anda jual balik, anda dibayar ikut gram emasnya, berat batu permatanya tak dikira. Sebab tu kalau anda nak beli emas untuk simpanan, lebih baik beli emas LBMA bullion. Kalau anda beli emas untuk perhiasan, baru la beli Aurora.

 

Soalan: Sebelum ni saya ada beli emas simpanan tapi BUKAN yang brand Public Gold, masalahnya masa harga tinggi susah nak jual balik emas tu, kedai tempat saya beli pon tak mahu ‘buyback’. Boleh tak saya jual je emas tu kat syarikat Public Gold?

Jawapan: Boleh, tapi spread yang dikenakan lebih sikit bila anda jual emas jenama lain kepada syarikat Public Gold. Anda boleh tanya harga ‘buyback’ untuk emas anda tu di cawangan Public Gold yang terdekat.

 

Soalan: Macam mana nak buat kalau kita rasa sayang nak jual emas yang kita dah beli dulu-dulu?

Jawapan: Percaya atau tidak ramai orang hadapi masalah ni 😉  Kalau anda tak mahu jual emas anda tu tapi perlu gunakan wang tunai, boleh la pergi pajak di ar-Rahnu. Guna wang tunai yang anda dapat tu dulu, lepas tu baru tebus balik emas yang anda pajak tadi dengan bayaran tetap setiap bulan. Bila dah habis bayar, anda dapat balik emas tadi.

 

Soalan: Saya mahu pajak emas saya. Macam mana nak buat?

Jawapan: Senang je, bawa emas fizikal anda ke ar-Rahnu dan pajak. Pihak ar-Rahnu akan beri anda cash (~60-70% daripada nilai emas semasa), dan anda boleh gunakan cash yang anda dapat tu sebaiknya. Lepas tu anda hanya perlu bayar balik kepada pihak ar-Rahnu secara ansuran (nilai pajakan + caj servis) sepanjang 6 – 12 bulan bergantung pada kontrak yang anda ambil. Saya syor anda pajak emas tu dekat syarikat yang TAK BUKA SEAL  emas Public Gold seperti POS ArRahnu dan Koperasi Dagang Emas (KDE).

Tak pon anda pergi je ke mana-mana arRahnu yang lain, kebanyakkannya akan terima emas Public Gold untuk dipajak, cuma mereka akan buka seal untuk buat ujian ketulenan pada emas tu. Bila seal dibuka, spread maksimum yang dikenakan bila anda jual balik emas tu kepada Public Gold ialah 10% je. Ok la tu, kedai emas lain kenakan spread maksimum 25% atau TAK AKAN beli langsung emas mereka yang sealnya dah dibuka.

Ar-rahnu yang menerima pajakan goldbar & dinar #PublicGold tanpa buka seal :
✅ Ar-Rahnu Pos Malaysia
✅ Ar-Rahnu Permodalan Kelantan Berhad
✅ Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor
✅ Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas

Ar-rahnu yang menerima pajakan goldbar & dinar #PublicGold dengan buka seal :
✅ Ar-Rahnu Bank Rakyat
✅ Ar-Rahnu Express
✅ Ar-Rahnu Exchange
✅ Ar-Rahnu Koperasi Tentera
✅ Ar-Rahnu Bank Muamalat
✅ Ar-Rahnu Bank Agro
p/s : Jika buka seal, buyback ke PG spread jadi 10% sahaja 😊

Ar-rahnu yang tak terima goldbar dan dinar luar :
✅ Ar-Rahnu Yapiem (terima goldbar dan dinar yapeim sahaja + semua jenis barang kemas)

 

Soalan: Saya ada emas GAP dan tak bercadang nak ‘withdraw’ emas tu semata-mata nak pajak di ar-Ranhu. Ada cara tak saya nak pajak emas GAP saya TANPA withdraw emas tu?

Jawapan: Bermula 17/11/17, perkhidmatan Ar-Rahnu kini ditawarkan kepada semua pemegang akaun GAP. Pemilik akaun GAP boleh dapatkan perkhidmatan Ar-rahnu ini dengan mengunjungi mana-mana cawangan Public Gold berhampiran. Buat masa ini, hanya boleh walk-in untuk servis ini. Pada masa hadapan, inshaAllah servis ni akan disediakan online. Maksudnya nanti anda hanya perlu klik link pada website akaun GAP anda untuk pajak emas anda, tak perlu susah-susah pergi branch 😀

Terma dan syarat Ar-Rahnu GAP:

✅ Nilai Marhun = Harga GAP Semasa x gram

✅ Nilai pinjaman = 70% daripada Nilai Marhun

✅ Upah Simpan = 1% daripada Nilai Marhun / sebulan

✅ Minima gram untuk gadaian: 5 gram.

✅ Tempoh kontrak: 6 bulan + 2 bulan (optional)

 

Soalan: Ada orang kata, kalau kita pajak emas dan gunakan wang yang kita dapat tu untuk beli lebih banyak emas, kita boleh gandakan jumlah gram emas kita dengan cepat. Betul ke?

Jawapan: Ok, memang teknik pajak emas untuk beli emas ni wujud. Cuma risikonya tinggi dan anda hanya untung kalau harga emas naik lebih daripada kadar spread + caj servis ar-Rahnu dalam jangka masa pajakan tu. Katakan emas anda spread 9% dan anda nak pajak 6 bulan, harga emas tu kena naik lebih 9% + caj servis ar-Rahnu berbanding harga yang anda beli. Dan harganya kena naik dalam masa 6 bulan, baru la anda nampak untung. Kalau harga emas turun atau naik sikit je dalam masa 6 bulan tu, maka anda telah berjaya meng’stress’kan diri anda dan mengorbankan tidur malam yang lena selama 6 bulan, tanpa apa-apa hasil.

 

Soalan: Saya dengar Public Gold ni pernah difitnah sebagai Skim Cepat Kaya, betul ke?

Jawapan: Ya betul. Akhbar Berita Harian pernah keluarkan artikel mengatakan Public Gold terlibat dalam Skim Cepat Kaya, padahalnya apa yang berlaku ialah ada golongan tak bertanggungjawab menggunakan nama baik Public Gold untuk buat kerja kotor (Skim Cepat Kaya tu lah). Ingat, Public Gold ni bisnesnya sama je macam kedai emas lain (Habib Jewel, Poh Kong, etc), iaitu beli EMAS,  dapat EMAS. Public Gold tak tawarkan skim pelik-pelik apatah lagi skim cepat kaya.

Akhbar ni kena saman RM50juta sebab kes fitnah ni. Syarikat Public Gold tak tahu pon ada orang lain guna nama baiknya untuk tipu orang ramai. Kesian kat akhbar tu kena saman RM50juta? Ni la akibatnya bila kita sebar berita tapi tak siasat betul-betul. Anda suka kalau Nama Anda masuk dalam surat khabar dan anda difitnah mengambil rasuah, tipu orang atau mencuri untuk kaya? Sedangkan anda hanya seorang pekerja kerajaan atau peniaga yang bersungguh-sungguh mencari rezki yang halal..

Jika anda mahu tahu lebih pasal kes ni, Boleh baca perkongsian dari Sifu Emas Encik Zulkifli kat sini.

 

Soalan: Zakat emas simpanan yang saya beli dari Public Gold ni, syarikat tolong bayar ke?

Jawapan: Zakat emas simpanan anda kena bayar sendiri, sama ada emas yang anda simpan sendiri di rumah atau emas GAP yang Public Gold tolong jaga untuk anda dalam peti besinya. Cara nak kira buat camni. Tengok berapa gram emas yang anda dah simpan selama 1 tahun hijri (cukup haul). Kalau jumlah gram emas yang anda dah simpan selama 1 tahun hijri tu lebih 85gram maka anda kena bayar zakat (cukup nisab), kalau tak cukup 85gram tak perlu sebab tak cukup nisab.

Katakan anda ada 100gram emas yang dah disimpan selama 1 tahun hijri, maka anda wajib bayar zakat. Caranya ambil 100gram tadi darab dengan nilai emas semasa, katakan harga emas semasa RM200/gram, maka nilai emas anda ialah 100gram x RM200 = RM20,000. Bayaran zakat yang anda kena bayar tahun ni ialah 2.5% daripada nilai ni iaitu: 2.5% x RM20,000 = RM500. Rasa banyak benar kena bayar zakat? Rasa tak berbaloi simpan emas sebab kena bayar zakat? Terpulang pada anda. Saya yakin semakin banyak kita bayar zakat, semakin berkat dan bertambah rezeki kita, yang kita pon tak tahu dari mana datangnya. Tak caya?

 

Soalan: Pelaburan emas ada pelepasan cukai ke?

Jawapan: Tiada pelepasan cukai untuk emas simpanan. Stakat ni, yang ada pelepasan cukai ialah simpanan KWSP, Takaful, dan Private Retirement Scheme (PRS).

 

Soalan: Saya berasal dari Singapore/Indonesia, bagaimana saya nak buat pembelian emas Public Gold?

Jawapan: Public Gold ada buka cawangan di Singapore sejak Ogos 2013 dan Indonesia sejak March 2016. Boleh buat pembelian emas Public Gold di branch tersebut atau online di laman web masing-masing. Atau anda boleh terus beli 1gram emas GAP hari ini juga! Buat macam ni:

Singapore : Public Gold Marketing Pte Ltd (Person In charge: Mr Jordan)

  1. Check harga 1gram emas di laman web: http://www.publicgold.com.sg/
  2. Transfer wang ke DBS Bank Current Account : 106-902-589-3
  3. Kepilkan Resit Bukti Pembayaran dan maklumat berikut, dan hantar ke nombor Whatsapp PG Singapore +65 6763 3999 atau email ke enquiry@publicgold.com.sg
    • Nama
    • ID Number
    • Phone
    • Email
    • Transaction amount and Details (Kepilkan resit bukti pembayaran)
    • Introducer: Nabil Aiman, PG00104489
  4. Jika mahu withdraw emas, pegi ke alamat: Blk 824 Tampines Street 81, #01-20 Singapore 520824

 

Indonesia : PT. Dagang Emas Mulia (Person In Charge: Pak Roman)

  1. Check harga 1gram emas di laman web: http://www.publicgold.co.id/
  2. Transfer wang ke BCA No Rekening – 5425 1229 99 | Bank Mandiri : 124-00-0766543-4
  3. Kepilkan Resit Bukti Pembayaran dan maklumat berikut, dan hantar ke nombor Whatsapp PG Indonesia +62 8111 719 916 atau email ke enquiry@publicgold.co.id
    • Nama
    • ID Number
    • Phone
    • Email
    • Transaction amount and Details (Kepilkan resit bukti pembayaran)
    • Introducer: Nabil Aiman, PG00104489
  4. Jika mahu withdraw emas, pegi ke alamat: Menara Palma, 17th Floor, Suite 17-02B. Jl. H.R. Rasuna Said Blok X2 Kav. 6, Kuningan, Jakarta 12950, Indonesia.

 

Soalan: Cawangan Public Gold buka tak hari Sabtu?

Jawapan: Ada, buka pada hari sabtu PERTAMA dan KETIGA setiap bulan. Separuh hari je tapi, jadi kena pergi pagi.

WAKTU OPERASI:

✅ Isnin – Jumaat : 9 pg to 6 ptg
✅ Sabtu (Minggu 1 & 3) : 9 pg to 1 tghr
✅ Ahad & Cuti Umum : TUTUP

 

Soalan: Saya berminat nak baca ebook awak, macam mana saya nak dapatkan ya? Berapa ringgit awak jual kalau saya nak beli?

Jawapan: Ebook saya ni ialah hadiah penghargaan PERCUMA untuk client yang jadikan saya sebagai Introducer. Tujuannya untuk meningkatkan ilmu dan kefahaman kita tentang emas. Kalau anda nak baca ebook ni, boleh daftar dengan Public Gold harini. Atau anda boleh recommend pasangan, anak-anak, adik-beradik atau kawan anda untuk daftar dan beli emas Public Gold dengan saya sebagai Introducer, pastu anda boleh la baca ebook ni secara percuma bersama mereka 🙂 Klik sini untuk dapatkan ebook percuma ni.

Soalan: Best la dapat benda-benda free ni. Apatah lagi ILMU free. Awak ada ebook free lagi tak?

Jawapan: Ada, anda boleh dapatkan ebook free tentang asas ‘personal finance’ di sini

Soalan: Saya mahu belajar lebih banyak tentang emas. Kat mana saya boleh timba ilmu-ilmu emas secara PERCUMA?

Jawapan: Public Gold ada sponsor seminar-seminar emas percuma di cawangan Public Gold terdekat dengan anda pada hari-hari tertentu. Saya boleh tolong check tarikh, tempat yang terdekat dan tolong daftarkan untuk anda jika anda mahu. PM saya di www.wasap.my/60148353773

 

Klik sini untuk beli emas pertama anda: