Emas pertama

Ikut langkah-langkah bawah ni dan mulakan simpanan emas anda hari ini

Buat keputusan sekarang, korang nak bawa balik dan simpan emas sendiri dekat rumah atau mahu syarikat simpan emas korang tu. Kalau nak bawa balik emas, terus skip ke Bahagian B untuk membuat pembelian emas biasa. Kalau nak Public Gold tolong simpan emas tu, teruskan baca Bahagian A untuk membuat pembelian emas GAP.

 

Bahagian A: Pembelian Emas GAP

Langkah 1: Check harga terkini. Pergi ke www.publicgold.com.my dan semak harga hari ini. Harganya berubah setiap 24jam pada pukul 12am. Macam contoh bawah ni, harga 1g emas GAP = RM192. Buat keputusan sekarang, korang nak beli berapa gram. Saya nasihatkan buat bayaran ikut gram cukup-cukup, jadi kalau nak beli 2g kena bayar RM384, kalau nak 3g kena bayar RM576 dan seterusnya. Atau anda juga boleh buat pembelian ikut berapa banyak cash yang anda ada, buat pembayaran minimum RM100 dengan gandaan RM50 (cth:RM100, RM150, RM200, RM250 dan seterusnya)

Langkah 2: Buat bayaran melalui bank-in atau online transfer ke akaun rasmi Public Gold iaitu 5571-3923-8048 (Maybank) atau 3167-52-0833 (Public Bank) atas nama PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD. Katakan, korang nak beli 1g, transfer RM192 ke akaun tadi dan pastikan korang screenshot bukti transaksi atau resit transfer tadi. Kat bawah ni ada contoh screenshot transaksi untuk beli 3g emas pada harga RM192/g jadi jumlahnya: RM576.

Langkah 3: Sekarang korang perlu maklumkan transaksi tadi kepada pihak Public Gold. Korang boleh whatsapp ke nombor 017-486 6916 (nombor Public Gold bahagian GAP) atau emailkan ke gap@publicgold.com.my kalau tak ada whatsapp. Kalau ni pertama kali anda beli emas daripada Public Gold, sertakan sekali nama dan PG code introducer anda. Introducer ni akan jadi tempat anda dapatkan khidmat nasihat, pendapat dan bimbingan pada masa hadapan. Jika mahu dapatkan bimbingan daripada saya, anda boleh letakkan nama saya sebagai introducer. Nama saya Nabil Aiman Hasim, PG Code saya PG00104489. Jika tidak, anda boleh letak mana-mana Dealer lain yang anda suka sebagai introducer. Sertakan maklumat di bawah:

  • Nama penuh:
  • Nombor IC:
  • Nombor Telefon:
  • Email:
  • Jumlah Bayaran:
  • Tarikh dan Masa Bank-In:
  • Introducer: PG00104489 Nabil Aiman Hasim
  • Kepilkan bukti transaksi

Kalau korang buka akaun untuk anak bawah umur 18tahun, ada tambahan sikit maklumat, buat macam ni:

  • Nama penuh penjaga (ibu/bapa):
  • Nombor IC penjaga:
  • Nombor telefon penjaga:
  • Email penjaga:
  • Nama penuh anak:
  • Nombor IC/mykid anak:
  • Email anak (jika ada):
  • Jumlah Bayaran:
  • Tarikh dan Masa Bank-In:
  • Introducer: PG00104489 Nabil Aiman Hasim
  • Kepilkan bukti transaksi

Contoh maklumat yang di whatsapp ke nombor Public Gold bahagian GAP:

Langkah 4:  Seterusnya, bagi masa 48jam untuk Public Gold proses transaksi anda tadi dan tunggu maklumbalas daripada mereka. Anda akan terima email daripada Public Gold yang ada maklumat Username (username ni adalah PG Code rasmi anda) dan Password untuk anda login. Sekarang pergi ke website www.publicgold.com.my, dan daftar masuk guna Username dan Password tadi untuk dapatkan GAP Statement. Jika lama sangat, maklumkan dan email kepada saya maklumat transaksi supaya saya boleh follow-up dengan Public Gold.

Langkah 5: Lepas login, pergi ke akaun GAP dan anda boleh download penyata pembelian anda tadi kat situ. Contoh penyata macam kat bawah ni. Anda boleh guna account anda ni seumur hidup untuk buat transaksi emas atau perak (beli boleh, jual boleh, tengok saja pon boleh).

Kalau anda lupa atau nak check balik berapa emas yang ada dalam simpanan, anda hanya perlu login di website macam tadi untuk tengok balik balance simpanan

 

Langkah 6: Untuk korang yang nak keluarkan emas GAP untuk bawa balik rumah, mudah je. Telefon dulu nombor cawangan Public Gold yang paling dekat dan bagitau korang nak keluarkan emas GAP. Lepas tu pergi je ke branch, tunjuk IC dan bayar premium. Pastu korang boleh la nak bawak balik emas tu dan pihak Public Gold akan automatik update account GAP. Contoh korang ada 5g dalam GAP pastu korang keluarkan 1g untuk bawa balik rumah, maknanya akan ada 4g lagi la dalam account GAP.

 

Kalau ada yang tak faham tentang pembelian emas GAP, sila hubungi saya di 014- 835 3773, atau komen di bawah page ini. Saya sedia membantu. Untuk anda yang nak membuat pembelian emas secara BIASA, ikuti langkah-langkah ni..

Bahagian B: Pembelian Emas Biasa

Langkah 1: Klik link ni: https://publicgold.com.my/index.php/component/custregistration/?introducer=PG00104489 dan lengkapkan jadual ni untuk pendaftaran secara sementara.

 

Langkah 2: Public Gold akan buat Username sementara (selalunya IC anda) dan Password (password yang anda isi dalam form tadi) untuk korang membuat pembelian pertama. Teruskan ke laman web www.publicgold.com.my dan login guna maklumat tadi.

Langkah 3: Sekarang korang boleh beli emas macam biasa korang shopping online tu. Tekan butang ‘Order’ dan lepas tu ‘Purchase Order’. Lepas tu korang pilih la emas atau perak yang korang suka. Ada macam-macam pilihan, ada ‘gold bar’, ada ‘coins’ macam dinar dan lain-lain. Kalau beli goldbar yang 0.5g atau 1g, siap ada macam-macam design lagi untuk korang pilih. Pilih kuantiti yang nak dibeli. Lepas tu korang proceed dengan pembayaran melalui kaedah bank in dan kepilkan skali bukti pembayaran masa checkout tu. PENTING: bila korang dah lock order dan proceed ke payment, make sure korang betul-betul ‘bank-in’ dan kepil bukti transaksi tu. Kalau tak transfer atau bank in atau korang main-main, PG akan ban nama korang daripada membeli emas Public Gold pada masa hadapan sebab diaorang kena tanggung kos lock order dan shipping apa semua bagai sedangkan korang tak bayar.

Langkah 4: Once korang dah buat pembayaran, boleh ambil emas yang dibeli di cawangan Public Gold terdekat. Sebelum start kereta, korang telefon dulu branch untuk pastikan emas korang dah sampai. Seterusnya nanti Public Gold akan berikan pada anda Username yang kekal iaitu PG Code yang korang akan guna untuk transaksi emas online sepanjang hayat. Kalau ada yang tak faham, boleh rujuk slides ini atau boleh whatsapp saya di nombor 014-835 3773 untuk bantuan, atau boleh comment dekat bawah page ni atau di FB Page Cerita Emas. Saya sedia membantu.

Klik sini: Oh ya sebelum saya lupa..Eksklusif untuk anda yang jadikan saya sebagai introducer, ni ada hadiah special untuk anda..