Kelebihan Menyimpan Emas Dengan Public Gold

1. Public Gold Shariah Compliant

Saya bubuh point ni nombor satu sebab ia paling penting bagi saya. Kita orang Islam kena faham yang emas dan perak ialah barang ‘ribawi’, maksudnya kalau transaksi emas ni tak penuhi syarat muamalat Islam, kita terdedah kepada transaksi riba. Saya nak share satu hadis dari Musnad Ahmad dengan sandaran yang sahih. Dari Abdullah bin Hanzalah, yang jenazahnya dimandikan oleh para malaikat, berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: “Satu dirham hasil riba yang dimakan seseorang sedangkan dia mengetahuinya, itu lebih buruk dari tiga puluh kali berzina.” Dengan kelulusan Shariah-Compliance yang diberi oleh Amanie Advisory, dan komitmen tinggi pihak pemilik syarikat dalam memastikan perniagaan Public Gold patuh shariah Islam (meskipun pemiliknya Chinese), saya yakin membeli emas Public Gold akan mendatangkan keberkatan dalam hidup dan keuntungan dalam pelaburan inshaAllah.

 

2. Public Gold syarikat Malaysia yang bertaraf dunia, berintegriti dan telus

Sepanjang berkecimpung dalam dunia pelaburan emas ni, saya perasan orang awam jadi skeptikal nak beli emas sebab ramai yang dah tertipu dengan ‘skim-skim emas’ yang melesapkan berjuta-juta wang pelabur. Bukan satu atau dua, banyak skim tipu yang tak diiktiraf Bank Negara dan telah dibekukan. Berita baik untuk semua, dengan adanya Public Gold sekarang kita dah tak perlu bimbang. Public Gold ni syarikat yang sangat berintegriti, dan telus  dalam bisnes. Semua maklumat tentang emas yang dijual boleh didapati di website mereka. Contohnya, kita tahu emas fizikal Public Gold memang wujud dan disahkan tulen oleh LBMA (setiap emas Public Gold disertakan sijil ketulenan). Emas ni di’kilang’ oleh satu syarikat refineri di Turki iaitu Nadir Metal Refineri sebelum dijual di pasaran Malaysia, Singapore, Indonesia dan lain-lain. Pembelian emas boleh dibuat di cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia, atau lebih mudah melalui transaksi online. Public Gold juga aktif mengajak rakyat Malaysia menyimpan emas sebagai ‘wealth protector’ melalui promosi dan seminar diaorang. Tak cukup dengan tu, PG Gold Muzeum dibuka kat Penang, dan orang ramai berpeluang tengok dan rasai sendiri pengalaman melombong, mendulang dan memproses emas. Pusat pentadbiran atau HQ Public Gold terletak di Bayan Lepas, Penang dan ia terbuka untuk kunjungan semua orang.

3. Harga emas yang kompetitif, bebas GST, serta Spread yang rendah.

Kalau kita bandingkan harga emas yang dijual Public Gold dengan syarikat lain, emas Public Gold amat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua orang. Nak beli sikit serendah 1g pon boleh, nak beli banyak pon boleh. Jadi tak yah tunggu modal ada RM2000 baru nak start beli (sesetengah syarikat tetapkan syarat permulaan perlu beli 10g emas). Tambahan lagi, emas LBMA dikecualikan daripada caj 6% GST dan Public Gold lah satu-satunya syarikat yang berdaftar dengan LBMA di Malaysia buat masa ni. Tambahan lagi, spread emas Public Gold serendah 6% – 9% jika dibandingkan dengan sesetengah syarikat yang kenakan spread setinggi 15-25%. Tambahan lagi, sebenarnya banyak lagi boleh ditambah, tapi cukup la stakat ni dulu.

 

4. Mudah beli, mudah simpan, mudah jual

Senang sangat nak beli emas Public Gold ni. Nak pergi beli di mana-mana cawangan Public Gold boleh, nak beli di mana-mana cawangan Pos ar-Rahnu pon boleh (emas versi Pos Malaysia). Tapi cara paling mudah ialah melalui pembelian online. Kalau kita nak pegang dan bawak balik emas atau perak yang kita beli, kita guna kaedah pembelian biasa. Kalau kita nak pihak Public Gold simpan emas yang kita nak beli, kita beli guna kaedah Gold Accummulation Programme (GAP) atau Silver Accummulation Programme (SAP). Ingat, pembelian GAP adalah 100% emas fizikal cuma emas tu disimpan oleh pihak syarikat, kalau nak keluarkan emas/perak fizikal tadi hanya perlu maklumkan kepada cawangan terdekat dan bayar wang premium macam gambar bawah ni. Untunglah kita, simpanan dalam GAP adalah FREE, kita simpan bertahun-tahun pon tak kena bayar.

Dah la senang beli senang simpan, nak jual pon senang. Banyak syarikat enggan beli balik emas mereka sendiri masa harga emas tengah tinggi, atau jika kita nak jual banyak-banyak sekali gus, tak cukup cash kata mereka. Sekarang dah tak perlu risau dengan masalah ni sebab dah ada Public Gold. Syarikat bagi jaminan kepada kita semua yang mereka akan buyback emas brand Public Gold tak kira harga emas masa tu tengah tinggi atau rendah, dalam kuantiti yang sikit atau berkilo-kilo, takde masalah. Fuhh terbaiklah.

 

5. Senang dipajak

Nak tunggu harga emas naik bukan sekejap. Kadang-kadang berminggu-minggu atau berbulan-bulan baru nak start naik. Kalau teruk lagi bertahun-tahun kena tunggu untuk harga emas naik (cth: tahun 2014 hingga akhir 2016 harga emas lebih kurang statik je, lepas tu baru naik banyak). Jadi satu masalah kalau kita baru je beli emas dalam kuantiti yang besar pastu tiba-tiba ada keperluan nak guna banyak cash. Takkan nak terus jual emas yang baru beli tu, rugi la.. Alhamdulillah, jangan risau sebab adanya sistem gadaian ar-Rahnu yang membolehkan korang dapatkan cash untuk guna urgent. Lepas tu korang bayar la bulan-bulan dan tebus balik emas tu tadi. Mudah, kan.

Emas Public Gold lagi la senang nak pajak sebab memang dah dikenali di seluruh Malaysia. Tapi kan, bila kita pajak emas dengan ar-Rahnu yang buka ‘seal‘ emas kita untuk ujian ketulenan, kita takkan dapat jual pada harga tertinggi kemudian nanti sebab emas tu dikira sebagai emas terpakai dah. Malah, ada sesetengah syarikat sampai tahap tak akan ‘buyback’ langsung kalau seal emas dibuka jadi kena jual tempat lain dengan spread maksimum setinggi 25%. Berita baik untuk pelanggan Public Gold sebab syarikat tetap akan beli emas Public Gold sekali pon seal dah dibuka, dengan spread maksimum yang rendah iaitu 10%. Nak lagi bagus, pajak lah dekat ar-Rahnu yang terima gadaian emas Public Gold TANPA PERLU BUKA SEAL macam Pos ar-Rahnu. Istimewa kan emas Public Gold, tak buka seal pon ar-Rahnu boleh tau emas tu tulen haha.

 

6. Berpeluang untuk jadi Dealer secara percuma

Haaa yang ni paling best. Korang tau tak yang korang boleh jadi Dealer Public Gold secara percuma? Hanya perlu buat pembelian sebanyak RM30,000 dalam 1 resit, pastu korang automatik terus jadi Dealer, tak ada bayaran lain lagi dah. Bestnya jadi Dealer ni sebab kita akan dapat rebat sebanyak 1% bila kita beli, dan 0.3% bila kita jual emas Public Gold. Jadi total 1.3%. Rebat ni kita dapat untuk belian kedua dan seterusnya sampai bila-bila selagi tu kita masih menyimpan dengan Public Gold. Kalau orang lain kena spread 9% untuk belian goldbar 10g, korang dapat kurangkan spread tu kepada 7.7% (9% – 1.3% = 7.7%). Jadi kalau harga emas naik 20%, orang lain untung 11%, korang untung 12.3%, best kan?

Kalau nak lagi best, korang jadi la Dealer yang aktif yang mengajak orang lain untuk simpan emas sambil berkongsi ilmu tentang emas kat semua orang. Mungkin komisyen yang dapat hanya 1-2% je, tapi kepuasan dapat bantu orang lain untuk simpan emas tu yang paling best. Percayalah, kalau mereka tak guna duit tu untuk beli emas, duit tu akan habis di tempat lain jugak akhirnya. Mana lagi bagus, beli emas ke atau beli smartphone/TV/video game/handbag/tudung/kasut/barang2 baru lain yang kita tak perlukan pon sebenarnya tapi ye la, dah nampak banyak duit lagi dalam bank tu, ‘leburkan’ je lah di shopping mall.. Orang lain labur, dia pergi lebur. Bila anak masuk universiti, orang lain jual emas sebab nak tolong support anak belajar, dia pula bawa anak cari pinjaman PTPTN sebab semua duit dah lebur, hakikatnya takde langsung simpanan masa depan. Pedas sikit tapi tu la realiti hidup kita hari ni.

Bagi saya, dapat bantu ramai orang untuk membuat simpanan ialah satu satisfaction. Saya perhati ramai orang muda hari ni tak jadikan simpanan sebagai suatu keutamaan. Mereka berbelanja dulu, bermewah dulu, lepas tu kalau ada duit lebih baru masuk tabung. Tu pon tak lama duit tu dalam tabung sebab lepas tu keluar balik buat beli sport rim baru. Tu belum cerita pasal stress kena bayar instalment kereta, hutang kad kredit dan tekanan kos sara hidup naik. Lepas 10 tahun hidup macam tu baru diaorang perasan yang simpanan tak cukup nak kawen, tak cukup nak pergi haji, tak cukup nak hantar anak masuk universiti, tak cukup nak beli rumah, tak cukup nak bersara dengan selesa dan lain-lain. Masa tu baru sedar yang hidup mewah tak akan bantu kita untuk mencapai impian hidup kita.

Sebab itu-lah kita kena jadikan menyimpan itu satu tabiat. Gaji masuk benda nombor satu skali ialah asingkan siap-siap simpanan untuk masa depan. Selebihnya baru la guna untuk perbelanjaan dan kalau ada lebih lagi, baru la guna untuk beli barang yang mewah skali skala. Baru la perbelanjaan kita terkawal dan tak timbul isu memboros atau teruk lagi, berhutang untuk bermewah.. Atas tujuan tu saya tulis perkongsian ni. Saya rasa jadi satu tanggungjawab untuk sampaikan mesej ini kepada semua orang terutama orang muda macam saya (ehem). Oh ya, lupa pula, cerita panjang-panjang tak ingat nak perkenalkan diri sendiri..

Klik sini: Salam perkenalan, nama saya..