Nak beli emas yang mana di Malaysia?

Baik, sekarang kita kena faham emas mana yang sesuai dengan tujuan kita iaitu: simpan untuk masa depan, supaya simpanan tak dihakis inflasi. TAK SEMUA emas sesuai untuk tujuan ni sebenarnya. Benda Nombor 1 yang kita kena faham ialah: Emas  yang korang pakai tu, ala barangan kemas macam cincin, rantai, gelang semua tu, dibuat untuk kita melaram, tak sesuai untuk kita guna buat simpanan atau pelaburan. Korang kena ingat, sekarang ni kita beli dan simpan emas dengan niat suatu hari nanti kita nak jual balik dengan harga yang lebih tinggi. Kalau kita beli barang kemas, harga masa kita beli tu dah la mahal sebab kena bayar upah tukang, lepas tu pulak bila nak jual balik tak dapat harga yang paling tinggi sebab susut nilai (spread) yang tinggi. Malah belum tentu jumpa orang yang NAK beli barang kemas tu dengan harga yang kita mahu. Mungkin kita boleh mintak tukang leburkan barang kemas tu kalau takde orang nak beli tapi lagi sekali, kena bayar upah tukang. Kos-kos sampingan ni akan hakis keuntungan yang sepatutnya kita dapat..

Untuk simpanan pulak, beli la emas dalam bentuk ‘gold bar’ atau ‘coins’ (juga dipanggil bullion) sebab upah tukang minimum. Jadi harga emas ‘per gram’ masa kita beli tu lagi murah daripada barang kemas. Lagipun nanti lagi senang nak cari buyer, ye la kan kalau barang kemas ni kena tengok buyer tu berkenan ke tak dengan design apa semua, tapi kalau ‘goldbar’ dan ‘coins’ ni umumnya segi empat ngan bulat je la bentuknya, buyer’s taste tak jadi isu sangat.. Pastu, susut nilai emas ‘gold bar’ dan ‘coins’ ni lebih rendah daripada barang kemas. Nanti kita cerita panjang pasal susut nilai (spread) ni ok, buat masa ni cukuplah korang faham yang barang kemas hanya untuk kecantikan sendiri sahaja; untuk simpanan masa depan, beli lah emas ‘gold bar’ atau ‘coins’.

Seterusnya kita kena faham, di Malaysia ni ada banyak jenis emas yang ditawarkan oleh syarikat atau bank, persoalannya sekarang nak beli yang mana? Pastu ada pulak isu syarikat2 yang tipu pembeli emas ni, katanya buyer kena bayar dulu, emas akan diberi kemudian. Sedar-sedar emas tak sampai-sampai, syarikat tiba-tiba lenyap dan ‘pembeli emas’ pon terkial-kial wangnya dilesapkan oleh syarikat tipu ni. Isu ni bawak kita ke point Nombor 2 iaitu: Pastikan emas yang korang beli betul-betul wujud, korang boleh pegang emas tu dan ambik emas tu bawak balik. Bila korang follow syarat ni, takkan ada isu buyer kena tipu. Sebenarnya point ni sangat penting sebab dalam shariah Islam sendiri ada garis panduan untuk transaksi emas dipanggil ‘Ba’i as-Sarf’. Salah satu syarat dalam sistem muamalat ni ialah transaksi emas MESTI berlaku dalam satu majlis sahaja. Senang cerita, kita bayar dan terus dapat emas fizikal, takde penangguhan. Jika ada penangguhan, akan ada isu riba dan kita sebagai orang Islam diharamkan terlibat dengan riba.

Selain tu, ada juga bank yang tawarkan ‘Gold Investment Account’, iaitu akaun emas alam maya yang link direct ke akaun bank kita, tapi tak semua bank benarkan kita keluarkan emas fizikal ni. Kalau korang baca dalam ‘terma dan syarat’ mana-mana bank yang tulis buyer tak dibenarkan keluarkan emas fizikal yang dibeli, JANGAN beli emas diaorang sebab ia tak penuhi syarat sistem muamalat Islam. Kesimpulannya sebelum beli, pastikan emas wujud secara fizikal, boleh dipegang dan boleh dibawak balik ke rumah. Kalau tak penuhi syarat nombor 2 ni, JANGAN beli.

Dilema yang biasa dihadapi kebanyakan orang bila nak beli ‘gold bar’ atau ‘coins’ ialah nak beli syarikat mana punya. Oleh sebab tujuan kita beli ‘bullion’ ni untuk maksimumkan keuntungan, kita kena pilih syarikat yang menawarkan ‘susut nilai’ (juga dipanggil ‘spread‘) yang rendah. Jadi point Nombor 3: beli bullion daripada syarikat yang menawarkan spread kurang daripada 10%. Ramai orang silap faham, mereka ingat kalau beli emas dari syarikat yang jual dengan harga murah, nanti bila mereka jual balik emas tu mesti lagi banyak untung. Sebenarnya kalau syarikat tu jual dengan harga yang rendah, mereka akan tawarkan harga yang rendah juga semasa buyback nanti. Begitu juga sebaliknya, kalau syarikat tu jual dengan harga yang lebih tinggi, mereka akan tawarkan harga yang tinggi juga semasa buyback nanti. Lebih kurang sama je. Sebenarnya, apa yang penting kita bandingkan ialah nilai ‘spread‘.

Spread atau Susut Nilai ialah perbezaan antara harga jual versus harga beli untuk emas mana-mana syarikat pada sesuatu masa. Perbezaan ni adalah dalam bentuk peratus (%), jadi mudah untuk kita tengok berapa keuntungan simpanan kita kalau kita tahu berapa % kenaikan harga emas (Formula: Kenaikan harga emas (%) – Spread (%) = Profit/Loss (%)). Katakan ‘spread’ emas suatu syarikat tu ialah 7%. Jika harga emas naik 2% daripada harga kita beli, maknanya simpanan kita belum nampak untung lagi, 2%-7% = -ve 5%. Kalau harga emas naik lagi ke 10%. Maka kita dah untung 3% (10%-7% = 3%). Kalau harga emas naik lagi ke 20%, maknanya simpanan kita dah untung sebanyak 13% (20%-7%=13%). Sekarang bayangkan kalau ‘spread’ syarikat tu bukan 7%, tapi setinggi 15%, agak-agak lambat ke cepat untung? Kalau untung pon, agak2 banyak ke sikit?

Sebab tu kalau tanya saya, perbandingan harga emas antara syarikat tak penting sangat, apa yang lagi penting ialah perbandingan ‘spread’, tinggi atau rendah. Umumnya spread emas kurang daripada 10% je yang sesuai untuk simpanan, kalau lebih pada tu nanti lambat untung atau sikit je untungnya. Nak senang faham, mari kita tengok contoh kat bawah. Katakan ‘syarikat X’ jual emas RM185/g dan ‘syarikat Y’ jual emas RM195/g hari ini. Katakan harga emas naik 20% tahun depan dan saya nak jual, cuba kira berapa banyak saya untung?

Macam yang saya cuba tunjukkan kat atas, perbezaan harga emas antara syarikat masa beli tu tak penting sebab akhirnya beza tak banyak. Tapi perbezaan susut nilai atau ‘Spread‘ antara syarikat, yang tu yang PENTING sebab beza pada akhirnya sangat banyak. Saya harap anda faham apa yang saya cuba sampaikan..

Baik, sekarang semua dah faham emas simpan kena cari yang jenis bullion, yang spread kurang 10% serta emas mesti wujud dan boleh bawak balik rumah. Cuma ye la kan, kalau emas sekeping dua ok la nak simpan kat rumah.. tapi kalau emas ada bertimbun-timbun, tak ke rasa bahaya simpan dalam rumah gitu je? Tak tido malam la jawabnya, takut ada pencuri masuk rumah atau rumah terbakar atau jadi pelupa tak ingat letak mana emas tu. Nak atasi masalah ni, kita kena sewa ‘safety box’ kat luar yang lebih selamat, tapi akan dikenakan caj simpanan pula huhu. Agak-agak kalau ada syarikat yang offer untuk simpan emas kita yang bertimbun-timbun tu, nak tak kita? Bila saya cakap syarikat tu offer, maksudnya kita diberi pilihan masa beli emas tu. Kalau kita nak bawak balik emas fizikal tu simpan kat rumah memang boleh. Kalau nak syarikat tu tolong simpan emas untuk kita pon boleh. Syarikat ini akan simpan emas yang kita beli tadi tu dalam ‘peti simpanan’ diaorang, dan kita boleh keluarkan emas tadi bila-bila masa sebab ye la kan, emas tu kita punya, bukan syarikat tu punya dah, syarikat tu tolong simpan je. Nak cari syarikat yang offer gini ada beberapa je kat Malaysia ni, tu pon mostly akan kenakan caj simpanan setiap tahun. Caj simpanan ni akan hakis keuntungan yang kita dapat daripada emas. Sebab tu lah kita kena cari syarikat yang TAK kenakan sebarang caj simpanan walaupun diaorang tolong simpan emas untuk kita bertahun-tahun lamanya. Jadi, skarang ni kita sampai ke point Nombor 4 iaitu: masa nak beli emas, buyer ada pilihan. Nak simpan emas kat rumah boleh, nak minta syarikat tolong simpan free of charge pon boleh.

Haaa, lepas dah lalui proses penapisan ni, korang agak-agak syarikat mana yang fulfill keempat-empat kriteria? Jawapannya ialah.. jeng jeng jeng…

Public Gold vs Kuwait Finance House

 Public Gold (GAP) KFH Gold Account-i 
Ketulenan emas 999 995 
Jenis emas fizikal
yang ada
Gold Bar (0.5g, 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 1000g) 

Coins (0.5,1,5,10 Dinar)
Gold Bar (1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g)
Waktu Urusniaga 24jam sehari, 365hari setahunWaktu pejabat sahaja
Belian pertama Minimum 1g atau RM100Minimum 10g 
Belian seterusnya Minimum 1g atau RM100Minimum 1g
Ada pilihan bagi
syarikat simpan?
Ya Ya 
Caj simpanan FREE FREE 
Boleh Buat Pengeluaran? Ya Ya 
Caj pengeluaran Ada Caj Premium bergantung kepada jenis emas fizikal yang dikeluarkanTiada Caj
Baki minimum1g2g
Buyback (Jual balik)PG akan beli balik semua emas dia tak kira berapa banyakKFH akan beli baliksemua emas dia tak kira berapa banyak
(selagi itu emas tak rosak dan seal tak dibuka)
Susut Nilai emas
(Spread)
10g = 9%              1 dinar = 9% 

20g = 8%              5 dinar = 8% 

50g = 7.5%         10 dinar = 7.5% 

100g = 7% 

250g = 6% 
~6% untuk semua jenis emas (Spread KFH sentiasa berubah, umumnya lebih kurang 5-8%) 
Susut Nilai jika seal dibukaMaksimum Spread ~15%Maksimum Spread ~25% (Kena jual di kedai emas lain, KFH takkan buyback bila seal dibuka atau emas rosak)
Boleh buka akaun utk anak?Ya, minimum 1g atau RM100Ya, minimum 5g 
Sesuai untuk dipajak?Ya Tidak, kalau Ar-rahnu buka seal, kena spread maksimum 25%
Sesuai untuk dijadikan
bahan koleksi?
Ya, ada banyak design yang limited editionTidak
Ada peluang beli silver/perak?Ya, juga ada Silver Accumulation Programme (SAP)Tiada
Ada peluang jadi Dealer?Ya Tiada

Kuwait Finance House (KFH) dan Public Gold, dua-dua ada kelebihan masing-masing. Pilih la yang mana yang sesuai dengan korang. Saya sendiri ada kedua-dua akaun. Sebelum ini saya beli emas dengan KFH je. Lepas tu saya kenal Public Gold dan saya nampak ada servis atau produk yang tidak ditawarkan oleh KFH macam jual beli Silver atau Perak. Jadi sekarang saya lebih banyak guna Public Gold daripada KFH.

Sepanjang membeli emas dan perak melalui Public Gold ni, saya nampak banyak kelebihannya berbanding dengan produk syarikat lain. Untuk anda yang baru nak start menyimpan emas dan perak, saya syor anda mulakan simpanan dengan Public Gold sebab modal nak start rendah je, beli 1g pon boleh dah start. Dah la banyak kelebihan-kelebihan yang lain. Nak tau apa kelebihan-kelebihan ni? Silakan baca bahagian seterusnya..

Klik sini: Kelebihan Menyimpan Emas Public Gold