Benda Yang ‘Ada Nilainya Sendiri’

Ok, saya harap sekarang semua dah faham gapo namo rima itu inflasi (bak kata org Kelatey) dan knapa ia berlaku. Harapnya semua dah paham inflasi ni jahat, dia naikkan harga barang dan tak cukup dengan tu, nilai duit simpanan kita pon dia hakis jugak . Mau tak mau, inflasi akan berlaku dan terus berlaku selagi tu kita guna sistem matawang fiat ni. Mau tak mau harga akan terus naik, yang tu kita tak leh control. Tapi ada satu benda yang kita boleh buat iaitu kita boleh ‘lindungi’ simpanan kita daripada hakisan inflasi. Orang-orang bijak bila tau adanya musuh dalam selimut, dia akan cari cara nak ‘berlindung’ daripada musuh ni betul tak?

Ingat lagi cerita 10 generasi nenek-moyang kita tadi? Agak-agak matawang apa yang paling boleh diharap? Matawang yang tak dimakan inflasi, dan nilainya tak bersandar kepada benda lain, dalam erti kata lain matawang ini ada nilainya sendiri. Walaupun dah tak digunakan sebagai matawang, manusia tetap akan bayar ‘premium price‘ utk dapatkan benda ni. Benda ni diakui di seluruh dunia. Pergilah ke negara timur atau barat, utara atau selatan, manusia tetap akan bayar untuk dapatkan benda ni. Dari tamadun purba Greek, Rome, Parsi dan Arab sehingga lah hari ini, benda ni masih diakui sebagai sesuatu yang amat berharga. Dan ia tetap akan jadi benda yang amat berharga pada masa hadapan. Apakah benda ini? Ya, ia adalah emas dan perak. Jadi apakah cara yang terbaik untuk ‘lindungi’ simpanan kita daripada inflasi? Ya, kurangkan simpanan wang fiat, dan perbanyakkanlah simpanan dalam bentuk emas dan perak. Mudah je kan? Ke tak paham-paham lagi huhu..

Gini la.. nak kasi senang paham, katakan ada orang simpan 1 dinar emas dalam peti besi dan tanam dalam tanah. Lepas 1500 tahun, ada orang korek tanah tu, terjumpa peti besi ni dan bukak tengok2 dalam tu ada emas.. berapa banyak emas ada dalam tu? Ya, 1 dinar emas je la yang ada dalam tu, tak bertambah pon. Cuma kalau kita tengok balik, 1 dinar 1500tahun dulu boleh beli seekor kambing, hari ini selepas 1500tahun 1 dinar tu  tetap boleh digunakan untuk beli seekor kambing (1 dinar bersamaan 4.25g emas = ~rm800). Walaupun dah berapa keturunan dinar emas tu tido dalam peti besi, lepas 1500tahun masih kekal nilainya tu. Sekarang bayangkan korang bubuh RM800 dalam peti besi hari ni, pastu tanam dalam tanah, lepas 1500tahun kalau ada orang jumpa agak2 ada nilai lagi tak RM800 dalam peti besi tu? Agak2 boleh lagi tak guna RM800 tu utk beli seekor kambing? Agak2 simpanan dalam bentuk wang kertas ke simpanan dalam bentuk emas yang kalis inflasi? Lu pikir la sendiri jawapannya..

Pastu kan satu lagi, saya tengok hari ni semua orang komplain kos nak kawen naik, kos nak gi buat umrah naik, kos itu kos ini semua pon naik. Kita ni memang la makhluk yang suka komplain je, bukan nak cari penyelesaian masalah tu huhu. Sebenarnya di kala kita duk komplain tu, ada orang lain yang experience kos kawen tetap murah dan kos gi buat umrah tetap murah.. Nak tahu siapakah golongan yang untung ni? Jawapannya ialah….*drum rolls*….orang yang simpan emas dan perak lahh.. Tak caya? Tengok macam mana kawan kita kat bawah ni buat:

Encik W ni masa baru kerja dulu dia rajin menyimpan emas. Pada tahun 2009, dia gunakan sebahagian gaji dia untuk ditukarkan kepada emas, total sebanyak RM7,020 ditukarkan kepada 18 dinar emas (RM390 per dinar). Niatnya simpan untuk kawen nanti, ye la kan sampai bila nak membujang.

Baru-baru ni (tahun 2016) dia telah melangsungkan perkahwinan dia, dengan menggunakan simpanan 18 dinar tadi. Kesemua dinar tersebut lebih kurang bernilai RM800 x 18 dinar = ~RM14,500. Ketika orang lain sibuk berhutang RM15,000 utk kawen, Encik W dengan coolnya bayar RM7,020 sahaja untuk perkahwinannya. Tanya diri sendiri, ada ke orang kawen zaman ni belanja RM7,020 je?

Ni pulak Encik E, dia tengah plan nak pegi buat umrah tahun ni. Kos lebih kurang RM6,500-RM7,000 lah untuk December 2017 termasuk duit shopping sikit. Ye lah susah juga nak cari cash RM7000 sekaligus gitu. Masa tengah fikir mana nak cari duit, teringat pulak dia yang dia ada beli emas 3 tahun lepas (2014) lebih kurang RM5000, bersamaan 37g emas (RM135/g).

Dia segera tunaikan 37g emas tu dan dapat lah dalam RM180 x 37g = RM6,660, Syukur Alhamdulillah, dapat juga dia jadi tetamu Allah tahun ni. Cuba tanya orang sebelah, ada jumpa orang pegi umrah tahun ni dengan modal RM5000 je?

 

 

Puan M ni pula seorang yang suka simpan perak. Ni ada syiling 10 dirham yang dia simpan sejak 2014. Masa tu 1 syiling 10 dirham ni harganya RM80 je, jadi dia beli banyak la, 10 keping diborongnya dengan total cost RM80 x 10 = RM800.

Hari ni harga retail untuk syiling 10 dirham ni dah naik jadi RM155. Since dia ada 10 keping, simpanan dia dah bernilai RM155 x 10 = RM1550 setakat ni. Hampir 2kali ganda dah naik walaupun baru simpan 3 tahun. Tapi Puan M ni simpan bukan untuk guna sekarang.. Dia simpan untuk support anak dia bila masuk universiti nanti.. Jadi tak yah guna lagi la, simpan je dulu, nanti harga naik lagi, hihi..

 

Bagus kan strategi kawan kita kat atas ni dapat jaga simpanan dari hakisan inflasi? Cuma kita kena ingat, ini tak bermaksud simpan emas tak berisiko untuk rugi. Kerugian boleh berlaku kalau kita simpan tanpa guna teknik yang betul. Haritu ada orang bagitau saya, dia ada beli emas time tgh ‘peak price’, masa tu tahun 2013 gitu, harga masa tu RM180/g tapi lepas tu harga dia jatuh pulak jadi RM135/g bila masuk tahun 2014. Kira dia jadi rugi lah pulak simpan emas ni bila jatuh camtu. Saya bagitau dia, sebab tu simpan emas ni paling bagus skali kita aim jangka masa panjang. Harga emas naik turun setiap hari adalah benda biasa, dan kadang2 memang ada time yang dia turun banyak jadi kita nampak macam rugi. Tapi kalau kita tak jual emas time ni (dipanggil ‘Hold Position’), kita hanya akan alami kerugian atas kertas, juga dipanggil ‘Unrealized Loss’. Kalau kita pergi jual emas kita time harga tengah turun ni maka kerugian yang sebenar akan berlaku, keadaan ni dah berubah jadi ‘Realized Loss’. Hidup ni ibarat roda, lepas masa susah akan datang masa senang, lepas masa turun akan datang masa naik. Begitu juga dengan harga emas ni, lepas turun harganya akan naik balik. Buktinya depan mata, hari ini (2017) harga emas dah naik balik ke harga RM190/g. Kalau kita ‘hold’ emas kita masa tahun 2014 tu, harini kita dah nampak untung balik dah. Apatah lagi kalau kita ‘Average Down’ harga emas kita dengan top-up lebih banyak emas masa harga dia tengah turun, mesti dah nampak banyak untung dah hari ni 🙂

Ok lah ye, penat dah saya membebel pasal emas. Saya harap anda paham lah kenapa simpan dinar dan dirham ni bagus untuk anda, keluarga, kawan dan semua orang yang lain. Kalau anda belajar sesuatu daripada perkongsian saya ni, silakan share kat semua orang yang ‘special’ untuk anda, lagi bagus kalau share dengan semua manusia yang anda pernah berhubung. Bukan apa, saya percaya semakin ramai orang yang berjaya kita share, semakin ramai orang akan celik dinar dan dirham, semakin banyak kebaikan kita beri kepada orang lain, dan semakin banyak kebaikan yang kita sendiri dapat dunia dan akhirat nanti inshaAllah.

Eh jap, saya cakap camni macam dah abis cerita la pulak hehe. Gini, saya nak kongsi dengan korang cara untuk simpan emas dengan cara yang efektif di Malaysia. Kira baru nak masuk sesi ‘praktikal’ la, sebelum ni yang saya cerita panjang atas-atas tu untuk pemahaman korang je, saya tak share pon lagi cara-cara untuk simpan emas. Tapi amaran, tak semua orang dijemput untuk sesi ni. Kalau korang rasa apa yang saya share sebelum ni sia-sia dan tak berguna untuk korang, tolong jangan join sesi ni. Sesi ni hanya untuk korang yang betul2 nak simpan dan labur dalam emas sahaja, korang yang lepas baca cerita saya tadi, jiwanya berkobar-kobar nak beli emas tapi tak tau mana nak cari emas kat Malaysia ni. Kalau ditunjuk padanya mana nak cari emas, terus dia akan bertindak. Ingat, Ilmu tanpa tindakan jadi sia-sia. Tapi, orang berIlmu dengan tindakan yang luar biasa, merekalah orang yang berjaya. Anda salah seorang daripada golongan ini?

Klik sini: Jemput ke sesi ‘praktikal’ – cara dapatkan emas simpanan di Malaysia