Cuba korang bayangkan zaman dulu-dulu..

Generasi 1: Korang hidup dalam gua di satu tempat dalam hutan. Matlamat hidup hanya nak pastikan diri sendiri, anak dan bini ada makanan nak teruskan kehidupan. Jadi kerja korang tiap-tiap pagi keluar dari gua dan pergi cari makanan. Korang buru rusa, tangkap ikan, kutip buah dan bawak balik makan bersama keluarga. Simple je hidup korang. Tiap2 hari buat benda yang sama.

Generasi 2: Korang masih hidup dalam hutan tapi ada komuniti. Ada kawan korang yang sangat power jerat rusa, dan ada kawan korang yang sangat power mengail ikan dan ada juga yang pandai kutip buah. Korang pulak sangat power bercucuk tanam. Semua sayuran yang korang tanam mesti jadi punya-lah. Jadi instead of buat semua benda, baik korang jadi petani je sebab korang la yang paling pandai tanam sayur. Kerja tangkap rusa, ikan dan kutip buah tu biarlah kawan korang yang lagi pandai buat, nanti boleh tukar barang suka sama suka. Hasil tanaman sayur yang banyak tu sikit je korang guna untuk diri sendiri, yang lebih tu semua korang tukar dengan barangan lain. Tukar suka sama suka ni dipanggil Sistem Barter.

Generasi 3: Korang perasan tak yang Sistem Barter ni susah sikit.. sebab sayur tumbuh ada musim jugak, ada hari boleh kutip hasil banyak, ada hari takde hasil langsung. Sedangkan korang perlu tukar barang setiap hari.. Nak simpan sayur tu utk guna kemudian pon tak leh simpan lama-lama, nanti dia busuk. Jadi komuniti korang buat keputusan untuk jadikan satu barang sebagai ‘medium pertukaran’ dan barang ni boleh disimpan tanpa mengalami kerosakan. Komuniti korang pilih cengkerang siput laut atau ‘seashell’ sebagai medium pertukaran ni. Jadi sekarang, kawan beli sayur dari korang dengan seashell ni dan korang boleh simpan seashell ni di tempat yang selamat. Esok bila korang nak daging rusa, walaupun takde hasil tanaman hari tu, korang boleh guna seashell yang korang simpan tadi untuk beli daging tu. Maka lahirlah ‘matawang’ pertama di dunia.

Generasi 4: Guna ‘seashell’ ni ada masalahnya juga.. ye lah kan, bukannya rare sangat ‘seashell’ ni.. nanti ada je orang yang main tipu, senyap2 pegi cari seashell dkat laut dan guna seashell tu untuk beli macam-macam barang. Tiba-tiba je ada banyak ‘matawang seashell’ ni dalam pasaran sedangkan bilangan yang digunapakai untuk jual beli sebelum ni limited sahaja.. Kira ada orang main tipu ni, dia takde barang untuk tukar dengan ‘seashell’, tapi dia mahu jugak seashell ni, jadi dia pegi amik seashell yang bukan dalam pasaran semasa (ie seashell tepi laut tu) dan masukkannya dalam pasaran. Bila buat gini, lama-lama komuniti ni dah tak terima ‘seashell’ ni sebagai medium pertukaran yang sah, sebab ada orang yang ambik kesempatan dengan kelemahan sistem tu untuk kepentingan diri sendiri.. Maka ‘seashell’ yang disimpan oleh semua orang sebelum ni makin lama makin surut nilainya, dan akhirnya jadi TIDAK BERNILAI LANGSUNG… (*Nota: Make sure korang fahamkan betul-betul dulu konsep Generasi 4 ni ya, sebab nanti senang faham macam mana ‘matawang fiat’ ni makin lama makin surut nilainya dan ada juga risiko jadi tak bernilai langsung macam ‘matawang seashell’ tadi..)

Generasi 5: Korang kena cari sesuatu untuk gantikan seashell sebagai matawang pertukaran. Sesuatu yang rare sikit.. susah nak dapat.. tapi takde lah susah sangat sampai takde langsung.. dan benda ni mestilah sesuatu yang ada nilainya sendiri. Sesuatu yang sekalipun dah tak guna sebagai matawang suatu hari nanti, orang tetap nakkan benda ni sebab dia cantik, berkilat dan berharga.. dan manusia dari mana-mana generasi pon pasti nakkan benda ni.. Korang mesti dapat teka kan? Ya.. seluruh tamadun manusia masa ni dah nampak yang emas dan perak lah benda yang dapat gantikan seashell sebagai matawang pertukaran.. Lalu kebanyakkan tamadun telah hasilkan ‘syiling emas’ dan ‘syiling perak’ mereka sendiri termasuk tamadun Greek, Rome dan tak ketinggalan dinar dan dirham dalam sejarah tamadun Islam..

Generasi 6: Korang sekarang ni dah kaya-raya. Banyak gila syiling emas korang sampai tak tahu nak simpan kat mana.. ye la kan takut kena curik pulak nanti.. Pastu ada jugak masalah nak bawak syiling berat-berat ni setiap kali korang nak keluar rumah gi beli barang. Dah la berat sampai sakit belakang nak bawak, takut kena rompak pula nanti. Macam-macam problem.. Nasib baik masa tu korang duk dekat kawasan Eropah. Kat sini, tempat yang paling selamat nak simpan emas ialah dengan Tukang Emas, dan si tukang emas ni akan keluarkan ‘penyata’ yang laku untuk korang tebus balik emas tadi, atau.. korang boleh terus gunakan ‘penyata’ tadi tu untuk beli barang. Ya, ‘penyata’ itu laku sebab penjual yang dibayar dengan ‘penyata’ tu boleh pegi kat Tukang Emas tadi dan tebus emasnya.. Jadi sekarang ni ‘penyata’ dah jadi gantian ’emas dan perak’ sebagai matawang pertukaran dan Tukang Emas tadi dah jadi macam ‘Bank’ yang simpan emas dan perak pemilik.. Bilangan ‘penyata’ ni dalam pasaran adalah limited sebab ia bergantung kepada sebanyak mana emas yang dijaga oleh Tukang Emas tadi, jadi takde masalah manipulasi kat sini.. ‘penyata’ ni ibarat wang kertas untuk zaman kita..Maka mula-lah era ‘matawang fiat’..

Generasi 7: Masa ni, kebanyakkan negara dah ada kerajaan yang mengurus dan tadbir urusan masyarakat, termasuklah kewangan negara. Kerajaan akan mengarah bank negara (dulu Tukang Emas) untuk cetak ‘wang kertas’ (dulunya ‘penyata’) mengikut nisbah yang setimpal dengan ‘harta karun’ yang dimiliki oleh negara. Selalunya ‘harta karun’ ni ialah emas milik negara. Contoh, untuk 1g emas boleh cetak ‘wang kertas’ sebanyak RM100 sahaja. Jadi, kalau negara tu ada 100kg emas = 100,000g emas = RM10,000,000 sahaja wang kertas yang boleh dicetak dalam negara. Sekarang ‘wang kertas’ yang ada ni, negara dan rakyat guna untuk urusan perdagangan.. ala jual beli macam orang dulu2 nak beli daging rusa, sayur dan buah tu.. cuma zaman moden ni lagi macam-macam barang la ada (perabot, alat elektronik, barang perhiasan, dll). Hasil keuntungan daripada bisnes ni boleh digunakan untuk pembangunan negara atau guna untuk tambahkan lagi ‘harta karun’ negara iaitu dengan dapatkan lebih banyak emas. Bila emas negara bertambah, baru-lah kerajaan boleh suruh bank negara cetak lebih banyak ‘wang kertas’. Bila kerajaan buat macam ni, barulah ‘wang kertas’ tadi tu ada nilai-nya, bukan kertas semata-mata. Sebab ‘wang kertas’ tadi tu telah dinisabkan dengan ‘harta karun’ iaitu emas negara. Yang ADA NILAI tu ialah emas negara, bukan ‘wang kertas’ tadi. Wang kertas tu hanya WAKIL kepada nilai emas negara.

Generasi 8: Ingat tak macam mana mata wang ‘seashell’ sebelum ni jadi tidak bernilai? Ia berlaku sebab ada orang yang pentingkan diri sendiri yang pergi guna ‘seashell’ dari ‘luar pasaran’ untuk urusan jual beli. Lepas tu jadi banyak sangat ‘seashell’ dalam pasaran sampai akhirnya benda tu dah tak laku untuk jual beli. Gitulah lebih kurang apa yang jadi kat seluruh dunia, matawang fiat ni asyik dimanipulasi je. Bagi contoh gergasi ekonomi dunia iaitu Amerika, tengok camana kerajaan ‘manipulasi’ kelemahan mata wang fiat ni. Sebelum ni, dekat Amerika ada satu sistem yang mengikat setiap dollar Amerika kepada nisbah nilai emas yang dimiliki negara, iaitu Bretton Woods System.. Sistem ni lah yang jadikan matawang Amerika sangat bernilai, sebab setiap dollar tu kena ada emas di sebaliknya, jadi laku la guna untuk bisnes di seluruh dunia pon.. Nak dijadikan cerita, pada tahun 1971, diaorang dah mansuhkan sistem ni dan hasilnya, nilai dollar dah tak diikat dengan nilai emas negara. Meskipun ‘harta karun’ negara tidak betambah, kerajaan tetap boleh cetak ‘matawang kertas’ sebanyak mana yang mereka mahu. Bila buat gini, bertambah banyaklah ‘wang kertas’ dalam pasaran..

Generasi 9: Sekarang tahun 2008, cuba bayangkan korang duk di Amerika. Masa ni ada satu benda besar berlaku… jatuhnya syarikat gergasi kewangan Lehmann Brother’s, dan bawa seluruh ekonomi Amerika jatuh bersama-sama. Masa tengah ‘crash’ ni, kerajaan Amerika perlukan lagi ¬†banyak wang untuk ‘stimulate’ balik ekonomi diaorang. So korang rasa apa diaorang buat? Senang je nak teka..dah dari 1971 lagi Dollar diaorang tak terikat dengan emas.. Apa lagi, cetak je lah banyak2 wang kertas dan masukkan ke dalam pasaran, boleh la guna ‘wang cetak’ tu untuk stimulate ekonomi.. ‘Harta karun’ tak bertambah, tapi ‘wang kertas’ bertambah.. Kasi contoh la ya, baru senang faham. Kalau Amerika ada 100kg emas, sebelum ni diaorang boleh cetak $10,000,000 je la kan kan. Tapi yer lah kalau dah ekonomi jatuh camtu mana cukup duit tu, jadi apa diaorang buat? Ya diaorang cetak je wang kertas sebanyak $500,000,000 contoh (50 kali ganda), sedangkan emas negara ada 100kg tu je. Walaupun ‘harta karun’ diaorang tak bertambah, tapi ‘wang kertas’ dalam pasaran bertambah berkali-kali ganda. Korang agak-agak la kan, ada nilai tak wang kertas yang cetak banyak-banyak tu?

Generasi 10: Bila situasi macam atas ni berlaku untuk tempoh masa yang lama, ‘matawang fiat’ akan alami pengikisan nilai dan inflasi berlaku. Tak cukup dengan tu, matawang fiat ada satu lagi kelemahan yang besar, iaitu ia jugak sangat sensitif dengan perubahan semasa politik dan ekonomi negara. Ada masalah sikit je, harga barang akan naik, bagi contoh Ringgit Malaysia. Bila harga minyak dunia naik, harga barang naik. Bila kerajaan buat GST, harga barang naik lagi. Tambah lagi dengan isu 1MDB, ekonomi tak berkembang sebab pelabur tak mau dah invest dalam Malaysia, bisnes nak survive terpaksa naikkan harga barang lagi. Senang cerita, ‘Buying Power’ atau ‘Kuasa Membeli’ Ringgit Malaysia ni makin lama makin lemah.. 10 tahun yg lepas, RM5 dah cukup nak sarapan ngan lunch di tempat kerja, hari ini RM10 baru cukup kott, nampak sikit tapi kenaikan dari RM5 ke RM10 tu maksudnya naik 100% tu beb. 10 tahun lepas, beri anak RM3 sehari ke sekolah ok dah, tapi hari ini RM5 sehari belum tentu cukup. 10 tahun lepas bayar RM30 sebulan dah cukup utk bil handphone, hari ni perlu RM70 sebulan termasuk data internet. 10 tahun lepas, skali beli groceries RM100 boleh tahan >2minggu, skarang seminggu pon dah habis. 10 tahun lepas RM10,000 boleh dah nak kahwin, tapi hari ini kena ada RM25,000 utk kahwin. Senang citer makin lama makin terhakis la nilai ‘matawang fiat’ ni.. Lama-lama jadi takde nilai langsung dah la.. Pernah tengok matawang yang dah takde nilai??

Sebab tu la kita kena cari sesuatu yang dapat lindungi simpanan kita daripada hakisan inflasi. Sesuatu yang tak sewenang-wenangnya dimanipulasi. Sesuatu yang nilainya sudah terbukti tak dihakis untuk berabad-abad lamanya, dan ia akan tetap bernilai pada masa hadapan. Sesuatu yang diterima manusia dari seluruh dunia sebagai sesuatu yang berharga. Sesuatu yang TAK bergantung kepada benda lain untuk jadikannya bernilai. Sesuatu yang ada nilainya sendiri..

Klik sini: Apakah Benda Yang ‘Ada Nilainya Sendiri’..