Pada suatu hari..

Pada suatu hari, saya pergi ke Mydin nak beli keperluan rumah. Masa tu saya tengah nak kejar bas, jadi cepat2 je lah.. ambik sabun, ubat gigi, shampoo, deodoran, bateri AA ngan snek makanan segera, coklat dan biskut. Saya beratur di lane express, ye lah, nak cepat dan kurang dari 10 item lagi pon. Bila smpai giliran saya nak bayar, alangkah terkejutnya bila tgk harga total semua sekali RM50 😵😵… Saya bagi RM50 kat cashier tu sambil termenung skejap.. teringat zaman kecik2 dulu.. RM50 boleh beli barang penuh sebakul sedangkan hari ni, tak smpai separuh bakul pon..

Mesti situasi atas ni pernah berlaku kat awak jugak kan? Semua orang pasti rasa kenaikan harga barang setiap tahun. Dlm istilah ekonomi, Consumer Price Index (CPI). CPI fokus kepada barang2 keperluan harian mcm makanan, pakaian, keperluan bayi, dsb, dan bukannya barangan yang mewah. Kenaikan CPI ni adalah contoh kepada kelicikan inflasi, yang menyusahkan hidup ramai orang.  Selain barang keperluan harian, inflasi juga affect barangan lain macam rumah, kereta, barangan elektronik, dsb.. Senang cerita, dengan inflasi ni, semua barang naik harga. Ke awak pernah jumpa barang yang makin lama makin turun harga? Kalau ada, share skit kat mana awak shopping..

Kenaikan inflasi di Malaysia secara puratanya ~4%/year. Apa maksudnya? Ada dua cara nak faham inflasi ni:

Cara 1: Naiknya harga barang saban tahun

Macam cerita kat atas tu la. Nak kasi nampak sikit, saya bagi contoh katakan harga suatu barang RM100. Tahun depan harganya naik 4% jadi RM104. Tahun depan lepas tu pulak naik lagi 4% dan seterusnya. Naik sikit-sikit setiap tahun lepas 10 tahun, harga barang tu lebih kurang dah naik jadi…BOOM.. RM148.01

RM100 => RM104 => RM108.16 => RM112.48 => RM116.98 => RM121.65 => RM126.52 => RM131.58 =>RM136.85 => RM142.32 => RM148.01

Cara 2: Kurangnya ‘Buying Power’ wang simpanan kita

Contohnya hari ini saya simpan RM100 di bawah bantal (maksudnya takde dividend la). Lepas setahun, saya masih ada RM100, namun ‘buying power’ atau ‘kuasa membeli’ wang tersebut telah berkurang 4% iaitu saya hanya boleh membeli barang yg bernilai RM96 tahun depan dengan wang RM100 tersebut. Nmpak macam sikit je kan? Sekarang cuba awak bayangkan pengurangan 4% tu berlaku setiap tahun selama 10 tahun, berapa agaknya nilai RM100 kita tadi? By calculation, RM100 tadi, setelah dihakis inflasi 4%/yr selama 10 tahun, ‘buying power’ dia hanya tinggal RM66.48 SAHAJA..

RM100 => RM96 => RM92.16 => RM88.47 => RM84.93 => RM81.53 => RM78.27 => RM75.14 => RM72.13 => RM69.25 => RM66.48

Inilah kelicikan inflasi. Dah la harga barang naik, duit yang berjaya simpan pon kena hakis.. Most underestimated, but most sinister. Macam musuh dalam selimut. Tiada yg kisah atau cuba mengatasinya melainkan yg mengetahui kedahsyatannya.. 😈

Frust kan bila cakap pasal inflasi ni? Dah la susah payah kita ikat perut nak banyakkan simpanan, tiba-tiba musuh dalam selimut ni pegi hakis gitu je simpanan kita.. Sebenarnya bukan kita di Malaysia sahaja yang hadapi masalah ni.. Seluruh dunia termasuk ekonomi besar dunia macam Amerika pon ada masalah yang sama.. Awak tau tak kenapa? Jawapannya.. jeng jeng jeng… sebab wang yang kita gunakan sekarang ni ialah ‘wang fiat’ atau ‘fiat money’ yang senang dimanipulasi.. Nak faham konsep wang fiat ni kena tengok sejarah nenek moyang kita dulu-dulu.

Klik sini: Sekarang cuba bayangkan awak hidup pada zaman tu..